SAYA MENGAJAK ANDA MEMBINA KLINIK
Maka, apa jawapan yang kerap kali kita dengar bila diaju soalan sebegini? Jawapan kita tentu sama dengan apa yang selalu didengar;
“Pergilah klinik, dibiarkan demam tu takut semakin teruk.”
Hakikatnya begitu, sakit jumpa doktor. Sakit formulanya ubat. Sakit tempatnya di klinik atau lebih kritikal ke hospital. Membiarkan sakit bererti menempah tiket kemelaratan lalu membiarkan penyakit itu semakin memakan jasad hari demi hari.
Ketika itu, doktor umpama harapan penyembuhan penyakit yang kita alami. Biarpun terpaksa mengeluarkan wang yang banyak, namun kita tidak kisah. Perasaan gelisah kita semacam satu tekanan untuk kita tidak ambil kisah tentang wang yang akan keluar asalkan kesihatan kembali ke sedia kala.
Itulah kita, demi sebuah jasad…kita melakukan apa sahaja.
Barangkali kita jarang mendengar tentang persoalan yang satu ini.
“Aku rasa solatku semakin sakit hari demi hari.”
Dan kita tentu tidak sama sekali mendengar jawapannya pula;
“Pergilah ke Klinik Solat, dibiarkan sakit itu, takut semakin teruk.”
Hakikatnya begitu, tiada yang sedar bahawa solatnya semakin sakit. Puas dicari sumber ketenangan dalam diri termasuk merangka keseronokan untuk mengembalikan hatinya yang semakin lemas dengan kesibukan dunia. Solatnya yang sakit itu dibiarkan tanpa ubat yang boleh mengembalikan semula kesihatan solatnya. Sebab dia merasakan bahawa solatnya yang sakit itu bukan suatu penyakit!
Jarang manusia sedar, rohaninya yang sakit berbanding fizikalnya dan akalnya. Ramai yang berusaha mencari ubat menyembuhkan penyakit fizikalnya. Tak kurang juga yang menyambung pelajaran setinggi yang boleh bagi mengubati kerendahan akalnya. Untuk mengeluarkan wang demi sebuah penyembuhan rohani yang sakit adalah jauh sama sekali.
Itulah kita, solat kita juga perlu ke KLINIK!
Carilah DOKTOR untuk mengubati penyakit itu.
Semoga Allah memudahkan segalanya...
2 Comentários:
Assalamualaikum ustzh.
KakChik nak copy gambar ni dah war-warkan di blog KS, harap dibenarkan.
waalaikumussalam w.b.t.
Syukron byk2 kakchik. Persilakan...
Sama-sama kita menyebarkan empayar perniagaan yang menjanjikan pulangan yang besar ini. InsyaALLAH
Perniagaan yang pendapatan dan keuntungannya akan dikutip di akhirat kelak!
Post a Comment