Monday, January 12, 2009

SEKADAR BERCERITA TENTANG IKON SAYA

Jika ditanya kepada saya, ke manakah tempat yang ingin sekali dijejaki langkah ini, saya akan menjawab, ‘Sudah tentu Palestin’. Jika ditanya lagi, siapakah individu yang ingin saya temui, jawapan saya sudah tentu 'pejuang Hamas yang kental jiwanya.'


Satu catatan pengalaman yang paling manis sebagai wartawan, jika saya diberi peluang membuat liputan di Palestin dan menemubual pejuang Hamas. ‘Aku ingin berjuang bersama kalian’ – itulah artikel yang bakal dikeluarkan jika saya balik dari Palestin nanti.


Jika dilanjutkan pertanyaan, siapakah idola wartawan saya?. Saya teringin sekali menjadi seperti wartawan Iraq, Muntazer al Zaidi. Keberanian seorang wartawan yang membalingkan kasut busuknya ke arah Bush. Kasut busuk memang sesuai dilempar ke muka orang yang berhati busuk! Saya teringin sekali melemparkan kasut tumit tinggi milik seorang wartawan wanita seperti saya. Tentu penangan kasut tumit tinggi lebih membengkak seperti bengkaknya hati saya kepada seorang kafir Harbi.



Seperti meminjam komen Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan tentang Muntazer. Komen ini sungguh menggeletek hati saya. "Bagi mereka yang pandai melukis boleh guna kartun dan bagi mereka yang tiada kaedah lain bolehlah guna kasut”, komen tok guru.


Isu Muntazer sudah lama ditinggalkan setelah isu Palestin mengambil tempat di dada akhbar. Bagi saya, seperti ada kronologi antara dua isu besar ini. Sepasang kasut dilempar ke arah seorang Yahudi buta, dibalas dengan beribu-ribu soldadu peluru ke atas umat Islam yang celik.


Hanya sepasang kasut, mencalar keegoan Si Yahudi Buta.

Kemungkinan selepas ini, bom lebih sesuai untuk Bush!

3 Comentários:

lelucon said...

scr peribadi, saya tak berapa setuju dgn 'aksi' sdr Muntezar. bg saya dia berani, tp mencalarkan imej Islam yg sudah sedia tercalar. Sdgkan Abu Jahal dan Abu Lahab pun Nabi jumpa dan sambut dgn baik. Adakah Muntezar lebih baik dari Nabi? Hmmm...

'And so because of all these deviations from the teachings of Islam, because of the differing interpretations and the confusions that they cause, the Muslim have become backward, weak, and unable to deal with the multitude they now face. Muslims are being oppressed and massacred by their enemies and even more by fellow Muslims.' - Tun M (2004) 'The Muslim Ummah in the Moden World', Intnl conference, Karachi Pakistan, Sept 2004.

petikan tu rujuk pada perbezaan pendapat dan perang 'saudara' di kalangan Muslim hari ini. Tp asasnya sama. Muslim lemah sbb kita tak pegang pd sunnah. Contoh dan kemurnian Islam itu adakala lebih mapan kepada hati berbanding kekerasan. dan saya lebih berpegang pd prinsip ini, dan sejarah (Islam, Malaya) membuktikan 'perang saraf' (ilmu, ekonomi) lebih berkesan terhadap kebebasan dan keamanan Muslim.

maaf, jika komen pjg.

Anonymous said...

salam lelucon..

saya mencadangkan anda membaca artikel ini:

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18612&Itemid=91

ada sesuatu yang baik untuk dikongsi tentang isu baling kasut muntezar.

namun, apapun pandangan anda saya menghargainya. Bukankah Islam itu indah dengan sunnah Rasulullah bukan?

Ya, amalkan sunnah...

lelucon said...

ok. terima kasih 'ustazah' utk URL tu. tp saya masih tak bersetuju (sbb saya lagi tak bersetuju dgn artikel tersebut).

apapun saya suka baca blog ni sbb ada byk pendpt yg menarik dan bernas. tahniah dan terima kasih.

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO