KLINIK SOLAT REMAJA
Alhamdulillah, program KLINIK SOLAT REMAJA berjaya dijalankan pada 24 - 25 Januari 09 di Masjid An-Nur Batu Caves dengan penyertaan hampir 150 orang pelajar rendah dan menengah. Sasaran awalnya hanya 100 orang peserta, namun sambutan di luar jangkauan sehingga ada beberapa penyertaan ditolak kemudiannya kerana kemampuan tenaga dan kemudahan yang terhad. InsyaAllah, ada rezeki kita buat lagi ye YB!
Melalui sambutan baik ini saya temui strategi baru bagaimana merencana program yang memikat hati peserta malah ibu bapa. Pertama, buatlah program solat. Kedua, buatlah program smart belajar. Hal solat dan belajar sangat ditekankan oleh ibu bapa berbanding rekreasi. Ketiga, buat program yang berdekatan dengan sasaran anda yang dapat mengurangkan kos dan menjimatkan masa sasaran untuk ke tempat program. Keempat, beri pandangan awal yang baik. Kelima, layanilah setiap karenah ibu bapa walaupun pahit. Ibu bapa sangat rungsing akan perihal anak-anak mereka. Keenam, belajar psikologi kanak-kanak sebelum menghadapi mereka yang 'baik dan cerdik' ini. Bab ini saya paling gagal dalam kendaliannya sepanjang program. Mendepani peserta peringkat ini paling mencabar diri dan dicabar emosi mudah marah.
Melalui sambutan baik ini saya temui strategi baru bagaimana merencana program yang memikat hati peserta malah ibu bapa. Pertama, buatlah program solat. Kedua, buatlah program smart belajar. Hal solat dan belajar sangat ditekankan oleh ibu bapa berbanding rekreasi. Ketiga, buat program yang berdekatan dengan sasaran anda yang dapat mengurangkan kos dan menjimatkan masa sasaran untuk ke tempat program. Keempat, beri pandangan awal yang baik. Kelima, layanilah setiap karenah ibu bapa walaupun pahit. Ibu bapa sangat rungsing akan perihal anak-anak mereka. Keenam, belajar psikologi kanak-kanak sebelum menghadapi mereka yang 'baik dan cerdik' ini. Bab ini saya paling gagal dalam kendaliannya sepanjang program. Mendepani peserta peringkat ini paling mencabar diri dan dicabar emosi mudah marah.
Mahu berkenalan dengan saya? Sudah tentu yang berbaju pink. Saya sukakan pink walau ramai yang tidak percaya. Pink itu romantik dan penuh nilai manja dan kasih sayang. Adakah saya seorang yang romantik, manja & penyayang? Oh, kita tinggalkan hal itu, tiada kaitan. Gambar saya dalam blog ini kebanyakannya tunduk. Tunduk itu tandanya dua, sama ada malu atau sibuk. Anda rasa yang mana satu? Saya dan adik sedang mentelaah senarai peserta. Hati berlagu puas, syukur dalam kepenatan. Walau kadang-kadang perasaan mendepani peserta di luar kawalan, namun ia memberi pengajaran dan pengalaman bernilai kepada saya - Belajar tentang kanak-kanak dan remaja baik dari segi interaksi, sikap, psikologi, bersosial, pendidikan dan apa sahaja yang membantu anda menjadi 'magnet' kepada mereka. Tanpa tekanan dan ditolak-tolak, anda boleh menarik mereka ke arah anda walau berlainanan cas tanpa merubah kedudukan anda sendiri. Saya kurang berjaya menjadi magnet tetapi menjadi kaget.
Jika mahu membaiki dunia, baikilah manusia. Jika ingin baiki manusia, kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati, kita perlu membaiki solatnya. Jangan hairan jika anda melihat adik dan anak anda seperti ada yang tidak betul pada diri mereka. Kenapa anak degil tidak mahu mendengar kata? Kenapa adik masih ingkar dengan sikap negatif sebagai makanan jiwa? Begitu juga dengan abang, kakak malah ibu dan ayah juga malas sembahyang. Cuba lihat pada hati mereka dengan melihat solat mereka. Anda akan temui sesuatu yang tidak kena. Hantarlah mereka ke mana-mana klinik solat yang berdekatan. Yakinilah solat sebagai ubat pencegah virus kemungkaran.
Amalkan prinsip 3S- Senyum, Salam & Sapa. Inilah yang diajar Islam dalam merapatkan jurang persaudaraan sesama insan. Hikmah solat penuh pendidikan. Salam seusai solat menemukan hati-hati dengan pertemuan yang jujur dan ikhlas di bawah satu bumbung jamaah Islam. Senyum diukir sebagai sedekah yang paling mudah. Sapalah dengan siapa yang anda temui agar pertemuan itu meninggalkan bekas di hati. Senyum, salam dan sapa - prinsip persaudaraan kita dan ketiga-tiganya dididik dalam solat berjamaah. Anda tidak akan menemuinya dengan sikap individualistik dalam melaksanakan solat.
Solat tiang agama. Fasilitator meminta ahli membina sebuah bangunan dari kertas manilakad. Bangunan kertas akan diuji dengan bata. Maka, kita akan lihat bangunan siapa yang roboh. Dari 10 kumpulan, dua sahaja kumpulan yang gagal. Moralnya, jika tiang kukuh, bangunan juga kukuh. Tetapi jika tiang tidak kukuh, bangunan menanti untuk roboh. Daripada sudut pandang kejuruteraan ini, fasi mengulas rasionalnya dengan tema 'solat tiang agama'.
Satu lagi modul yang dilaksanakan ialah mencantumkan puzzle. Satu keratan puzzle telah diasingkan sebelum aktiviti ini. Peserta akan mencantum dan melihat akan ada satu keratan puzzle yang kosong. Analogi seperti hati kita. Manusia yang tidak menunaikan solat seperti puzzle yang tidak sempurna tadi. Perasaan kosong, tidak tenang, serba tidak kena akan menjangkiti hati yang tidak mahu bersolat.
Satu lagi modul yang dilaksanakan ialah mencantumkan puzzle. Satu keratan puzzle telah diasingkan sebelum aktiviti ini. Peserta akan mencantum dan melihat akan ada satu keratan puzzle yang kosong. Analogi seperti hati kita. Manusia yang tidak menunaikan solat seperti puzzle yang tidak sempurna tadi. Perasaan kosong, tidak tenang, serba tidak kena akan menjangkiti hati yang tidak mahu bersolat.
Hati budak. Budak-budak dia akan usaha apa yang dia mahukan. Dia akan cuba sampai dapat apa yang dia mahukan. Sebab itu jangan marah, jika ada anak-anak anda ada yang menangis sambil menghentak-hentak kakinya di hadapan kedai mainan lalu terjerit-jerit, "nak ultraman, nak ultraman". Selagi tidak dibeli, selagi itu dia tidak akan berhenti menangis. Tiada istilah 'katakan taknak' pada apa yang dia mahukan. Budak-budak bersungguh-sungguh, selalu bersemangat pada perkara yang disukai walaupun letih, cuba sehingga berjaya, degil dan keras hati. Contohilah sikap budak-budak dalam mencuba jaya apa yang kita kerjakan.
Orang kafir gerun kepada umat Islam terhadap dua perkara. Pertama, apabila melihat orang Islam berjamaah Subuh seperti ramainya jemaah Solat Jumaat. Dan kedua, apabila melihat pergerakan solat mereka adalah sama dan serentak ketika berubah dari satu rukun ke satu rukun. Pergerakan itu lambangnya cantik, membina, bersatu dan bersama-sama. Itulah kekuatan kita mendepani golongan Kuffar yang membantai umat Islam hari demi hari. Masalahnya, solat kita masih lemah!. Mereka tidak gerun kerana melihat solat kita seperti riadhah biasa-biasa saja.
Ahli jawatankuasa penggerak Klinik Solat melibatkan pelbagai peringkat usia. Ada yang tua, remaja, dewasa dan paling muda. Adik Ain salah seorang orang kanan saya. Membantu mengisi air wudhu' di dalam botol, memasukkan risalah di dalam fail, mengutip borang-borang penyertaan dan macam-macam lagi dilakukannya yang sedikit meringankan beban saya. Manakala makcik Minah, makcik Aishah, makcik Umi, dan makcik-makcik lain membantu menyediakan makanan program. Alangkah beruntung memiliki sahabat seperti Kak Paeh yang sentiasa 'on call' untuk membantu.
Ajarilah mereka mengambil wudhu'. Budak-budak memang suka membazir air. Mereka mengambil wudhu' seperti mandi, basah satu badan dan pakaian. Modul ini amat baik dipraktikkan untuk ibu-ibu yang ingin mendidik anak mereka berjimat cermat. Berikan sahaja mereka satu botol air setiap kali hendak berwudhu'. Apa yang diamalkan semenjak kecil, akan berkesinambungan sehingga besar. InsyaAllah, anak-anak anda akan mengurangkan beban ibu bapa untuk membayar bil air setiap bulan di samping membentuk anak-anak yang cermat dan tertib.
Seorang anak murid saya yang dulu pernah berkata, "Macam mana nak solat ustazah, saya tak bawa telekung". Barangkali anda juga pernah mendengar, "Macam mana nak solat ni, tak de sejadah". Hal ini menyebabkan anak-anak lahir dengan persepsi sempit tentang solat. Nah, amik ni...solat je kat tanah. Sesungguhnya bumi Allah sentiasa disamak olehNya dengan air hujan hampir setiap hari.
Itu saja...InsyaAllah, jika hati saya juga seperti hati budak, saya akan cuba sambung lagi walau sudah letih kepala...
Wassalam
12 Comentários:
Alhamdulliah - ada lagi manusia yg begini : madsudnya dalam kesibukan manusia mencari ' keseronokan' + 'kebendaan' - ada lagi manusia yg menyerah diri ke jalan ini..
semuga kita dirahmatiNya.
Dan pastinya : bukan kerja mudah - sebab fitrah manusia itu sendiri tidak suka berubah : tapi manusia akan berubah kalau dia suka berubah...
nak bagi manusia suka berubah ; media dan pendekatan yang praktikal untuk minat dan kehendak.
semuga usaha sister dan kawan2 diberkatiNya dan pastinya saya dan kita dilaluan yang sama ( walaupun pendekatan sedikit berbeza )
sister - senang2 jengok kami di kem alan sedayu : nak pakai ramai fasi untuk tahun ni....
salam Ustazah..
Bagus sekali programnya. Semoga kamu terus berusaha dan berprogram ilmiah begini. 5 bintang untuk antunna!
syukron jazilan jaza'. Segala pujian hanya layak bagi Allah. Kami hanya menggunakan segala kemampuan yang anda untuk menyumbang sesuatu bagi memperbaiki manusia. Memperbaiki diri mereka bermakna memperbaiki diri sendiri juga. Seterusnya, terserah kepada Allah yang Maha memberi petunjuk & pertolongan.
Berminat saya berkongsi tentang program ini. Walaupun ada banyak kelemahan di sebalik penganjurannya, kita ambil sebagai pengajaran pada program2 yg bakal menyusul nanti.
Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh jentera fasilitator. Tanpa jentera ini, padang yang semak tidak akan kembali lapang.
hmmm lpas ni boleh adakan post-mortem atau survey ke atas peserta2 (cth: lepas 3 bulan), tengok berkesan/tidak, pastu boleh la develop kertas kerja dan bentangkan di seminar. Menarik ni ... 'Modul pelaksanaan Klinik Solat terhadap pembentukan akhlak generasi muda'!
Tahniah pd semua yg terlibat (termasuk 'ustazah').
Itulah yang saya fikirkan lelucon. Saya masih menilai keberkesanannya sehingga hari ini. Maklumlah, mendidik generasi muda sebegini bukan perkara mudah. Mereka flip-flop. Sekejap saja mereka praktikkan apa yang diperolehi, tetapi jika tiada kesinambungan usaha ibu bapa di rumah, hasilnya nampak sekejap sahaja.
Tetapi untuk bentangkan di seminar, fikiran saya tidak setinggi itu. Namun apa salahnya, jika semua pihak memandang baik usaha ini. Sama-sama merencana 'modul pembangunan diri melalui pembangunan solat.'
Saya sebenarnya masih kurang berpuas hati tentang program ini. Rasanya hendak buat lagi dengan lebih baik lagi. Program yang lepas hanya sebagai proses pembelajaran dan menimba pengalaman.
cdgn saja. rasanya program2 seperti ini bukan baru, misalnya dlm kem-kem motivasi berkonsep kerohanian kerap diadakan. Tp semuanya atas inisiatif/bajet sendiri (termasuk yg dibuat ni). Dan takde modul yg seragam. Pihak kerajaan/kementerian pulak kurang bagi tumpuan/minat. Walhal kesan positif dh terbukti (wlupun tak 100%, normallah)...
Bila ada kajian 'saintifik', baru pihak berwajib ni akan buka mata. Contohnya kajian Modul PASAQ (Dr Arip Kasmo) Jurnal Kesturi ASASI. Sekurang-kurangnya dpt perhatian agensi penyelidikan seperti IKIM, JAKIM dan universiti/IPT. Dan program ini boleh diketengahkan scara lebih formal, dibincang dan diperdebatkan. Peruntukan sng sikit nak dapat (harap2lah), sbb ada bukti saintifik. Dan juga konsep yg diketengahkan (klinik solat) dapat dikembangkan dgn meluas, harapnya boleh diterapkan dlm sistem pendidikan :)
apapun yg ptg dah dilaksana dan kesannya ada insya'allah. sama ada formal/tak cerita lain. tahniah :)
Assalamualaikum kak,
tahniah untuk akak selaku pengarah program. Dan apa yang paling penting adalah muhasabah selepas program. Supaya kita mampu mencari lohong yang boleh di tampal kelak.
Dan terakhir, klinik ini juga merupakan perawatan buat 'doktor-doktor' bertugas sekalian.
terima kasih lelucon. fikiran kamu mmg sungguh proaktif...
sebenarnya mmg dah banyak modul pembangunan insan diketengahkan tapi usaha ini tidak dilakukan berterusan dan tdk diselaraskan. Sekarang ini sudah wujud modul yg baru dikenali sbg modul ESQ dan SPIES. dan banyak juga modul2 yg lain...
saya memang sangat3 berminat ttg modul pembangunan insan sehingga ada matlamat mahu memiliki konsultant sendiri dan ada sistem modul yg dibangunkan sendiri.
erm..insyaAllah ada rezeki tak lama lagi nak bukak konsultant juga. Rugi jugakkan kalau 'bakat terpendam' jadi 'bakat terpadam.'
hmmm... patutlah bersemangat je :) ok la tu
sama2...kdg2 sayang dgn sesetengah teori yg bagus e.g. kaedah MOKHDAR (matematik) yg terus tenggelam, sbb tak dpt perhatian serius kementerian (pendidikan, pengajian tinggi). tak ckup bajet pun bisa melingkupkan juga :)
Umumnya, IDEA + LAKSANA + SOKONGAN = BERJAYA.
cara lain, 'Klinik solat' ini blh juga merangkumkan pelbagai teori/modul dlm satu framework (cth SPIES + PASAQ ), sbb modul ada yg berkesan pd 1 tahap, tahap lain mungkin perlu modul lain. Susah nak cari teori/modul universal.
ya, saya pn doakan cita2 yg murni itu tercapai :) insya'allah
p/s: alamak, takpe ke komen byk2 nih? hehehe
lelucon..
tiada salahnya. Komentar adalah landskap yang menghiasi setiap entri saya. Tanpa pandangan dan kritikan, rasa seolah-olah seperti syok sendiri.
Saya amat menghargainya...terus berkomentar
salam ustazah-Eng.,
seronok tengok laporan program dn gambar, mohon pinjam gambar2 untuk dipamer di blog ana
:)
salam ustazah..
Alhamdulillah..saya tetamu baru untuk blog ustazah.ALLAH gerakkan hati untuk saya melawatinya..tertarik jiwa saya bila terbaca komentar2 yg diutarakan..
Saya juga minat menggubal modul2 tuk aper2 jer program.tak kiralah program motivasi,sukan dan riadah,perkhemahan dan sebagainya..waktu saya mula2 diasuh untuk menjadi modulist,saya sering ditanamkan untuk ingat bahawa modul adalah ibarat jantung untuk sesuatu program.andai tiada modul,maka tak berjalanlah program..harap modul2 yang telah dilaksanakan dapat dikongsikan..
seronok bila tengok gambar2 dan cerita tentg proram klinik solat yang dijalankan.teringat segala kenangan setiap kali turun ke sekolah2 mngadakan prgram..rasa syukur dalam kepenatan,walaupun letih dan bnyak masalh,namun rasa serik langsung tak terlintas.lepas habis program msti bersemangat nak buat lagi..semoga kita akan terus berjuang menunaikan tangungjawab dalam mendidik dan memberi kesedaran kepada generasi muda untuk kembali kepada islam sebagai cara hidup.
Post a Comment