ISU 'KATAK' : KITA TUKAR TEMPO
Ini bukan kisah politik 'katak'
Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil yang berlumba-lumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.
Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta.
Perlumbaan pun dimulakan...
Secara jujur, tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.
Terdengar ada yang berkata, "Oh, jalannya terlalu susahhhhh!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."
Ada juga yang berkata, "Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!
Katak-Katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...
... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..
Penonton terus bersorak, "Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!"
Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah. Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi...Dia tak mahu menyerah kalah!
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang BERJAYA sampai KE PUNCAK!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?
Ternyata, Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!
Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...
...kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada. Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!
Kerana itu, Selalulah tetap....
POSITIVE!
Dan yang terpenting, bersikap PEKAK jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!
Selalulah berfikir...
4 Comentários:
salam,
sama la yong.
katak politik pong pekak juga. kalau dia mendengar, tak sior jd begitu.
kongsi cerita:
"seorang raja mengadakan 1 pertandingan, sesiapa yg dapat berenang merentasi sebuah kolam yg penuh dgn buaya, orang itu dapat kahwin dgn puterinya. Pd hari tersebut, tiada siapa yg berani mencuba. Tiba-tiba, seorang pemuda terjun ke dalam kolam, dgn hebat dan pantas dia berenang, sampai ke seberang dgn selamat. Raja memuji dan berkata 'Sanggup kamu berkorban demi puteri beta!'. Tapi pemuda itu menjawab 'patik terjun bukan sebb nak kahwin dengan puteri. Tapi ada orang tolak patik ke dalam kolam, patik pun berenanglah selamatkan diri!'"
Ni cerita lucu yg terkenal juga. Tapi moralnya ada: Cabaran dan smgt mencuba sgt berguna. Dalam keadaan terdesak, kadang2 kita boleh capai sesuatu di luar jangkaan dan kemampuan kita, sbb adakala 'halangan' itu cuma dalam fikiran dan disebabkan 'ketakutan' kita :)
salam.....best la cerita nih nk boleh....nk kongsi gan kengkwn....
dipersilakan utk berkongsi...
Post a Comment