PUKULAN KO TERIMA OK
Teman rasa berapi-rapi dengar berita semalam. Tapi nak rasa berapi lebih-lebih pun tak guna. Nanti tak jadi keja teman. Teman ini bukanlah pandai sangat nak ngomen bab politik. Setakat dengar cite-cite kawan teman tu adele.
Cuma, teman nak bagitau kat sini, usah pecaye sangat berita-berita kat TV tu. Baca akhbar pun, tengok-tengoklah akhbar apa yang patut. Dah banyak dah demo buat kotor pada kita.Usah senang-senang percaye ape yang demo dok putar-putar belit. Terputar-putar jugak otak kite dibuatnya. ‘Timbang-timbang’lah membace, ‘bulat’kan tekad tetap di hati.
Ni teman nak amik ucapan dari MB Nizar:
“Allah perintahkan keme yg Allah takdirkan jadi MB untuk ngajok kome semue rakyat Perak dirikan sembahyang, bayor zakat dan suruh keme kabor pada yop yong semue jom kite buat baik… tinggalkan buat maksiat”
Nilah sebenar keja teman, keja kawan-kawan teman, keja kita semua. Ajak orang buat baik. Kita kerajaan ke, kita pembangkang ke, keja kita sentiasa sama, ajak orang buat baik dan tinggalkan maksiat. Politik bukan matlamat sebenar. Ia hanyalah jalan untuk ke matlamat itu. Tanpa kuasa masih ada jalan-jalan yang lain. Tapi teman ‘on’ je, kalau ada kawan-kawan teman dok ajak teman pi 'serang' perak. Teman rasa kuasa tu pun penting juga. Taknaklah teman mengaku dan menerima Najib tu sebagai PM teman.
Walau apapun, teman masih yakin dengan MB Nizar. " Saya tidak akan berbohong kerana emak saya tidak pernah mengajar saya berbohong", ayat ni yang dikatakan MB di hadapan beribu-ribu rakyat di Bota sewaktu ceramah tempoh hari.
Perak kena pukulan KO, tapi fikirlah OK disebaliknya. Maksud Teman perhati hikmah.Teman nak ajak yop yong semua, perhati hikmah apa yang berlaku. Untuk kawan-kawan teman, nilah masa kita tingkatkan pecutan lagi. Nak tegakkan Islam tu bukan mudah wei, jadi takleh la kita nak buat keja mudah aje. Mana tau, kot berpilihanraya lagi, kita menang lebih besor. InsyaAllah.
Yop Yong dalam PAS pun boleh perhati molek-molek. Allah nak bagi kita pengalaman gamaknya. Pengalaman macam mana bekerja dengan orang PKR ni. Kita dah boleh faham molek dah perangai mereka ni. Allah nak suruh PAS perhati betul-betul la tu. Teman yakin apa yang terjadi lebih membangkitkan semangat rakyat kawasan teman untuk pilih PAS. Perak lagi teman yakin. Teman bukan orang Perak. Tapi dah adik teman orang Perak, Teman semangat sama.
Oklah, teman banyak lagi keja nak buat dengan kawan-kawan teman. Nak buat keja dakwah, nak buat keja Islam, nak ajak orang Gombak buat baik, nak ajak satu
6 Comentários:
Salam,
keme dari dulu sensitip (bahase kampung keme nih) bile ade yang cube2 tabuh kampung keme. Rase nak aje keme ngentam balik. Sebaik le MB keme cool je. Make keme muhasabah le balik yang ini semue ujian ALLAH nok nguji yakin keme pade aturan DIE. Lalu keme serahkan le depe pade yang maha HAQ atas segala kejadian dan keadilan.
Moh ke perak, serbu ghomah keme :)
udoh le tu, tak guna yong nak ajar ngentam balik puok yg tak make ajar ni...
moh kita buat kije sunggoh2..plan kite dh baik doh, tunggu nak pakat buat kije sungguh2, same2..
teman mmg berbesor hati nak serbu umah kamu..kamu jela sedia2 apa yg patut. Ate, tempoyak jangan lupe la ye...
ini komen anak perak - sedih benor rasenya dengan cabaran untuk menegangkan hukum Allah dibumi perak ni weh...
yang pastinya mungkin sampe disitu ajalah kita bermenteri besorkan saudara nizar ni
dalam tempoh 10 bulan bangga benor teman tengok saudara kita ni...
insyallah : 3 - 4 tahun tak lama.kita tunggu ajalah yop dan yong...
Bila dipikiokan..Getik pun ada, nyampahh lagi la...kit3 bukan x bese(baca biasa) dgn sabotaj ni, dah lame dah..
Sesebuah kerajaan yang baik selalu runtuh disebabkan pengkhianatan. Hari ini adalah hari di dalam sejarah, 3 Adun Melayu yang lompat-melompat itu hanya dapat senyum sebulan dua sahaja. Percayalah selepas ini mereka tidak akan ada ramai sahabat karib. Kerana semuanya menaruh curiga. Setiap orang yang memangkah mereka akan mengutuk. Dan orang seperti ini biasanya tidak akan bertahan lama di dalam gelanggang politik mereka.
Ya Allah selamatkanlah kami dari orang-orang yang Zalim!!!
Ya, pengalaman mengajar kita orang yang mengkhianat tidak akan duduk senang. Punggung mereka sentiasa panas, hati tidak tenteram dan dilingkari dengan fitnah berpanjangan.
Lihat apa yang sudah berlaku pd Ezam, Saiful Bahari dan bekas Imam Wilayah yang telah dipecat JAKIM - kes liwat dulu.fitnah dan kesusahan sehingga ke hari ini...
Bersabarlah wahai sahabat-sahabat dari Perak. Semoga Allah bersama kita orang-orang yang sabar. Mata kita dan hati kita semua setuju bahawa politik kita amat tercalar dek kerenah puak-puak pengkhianat agama dan amanah rakyat tu. Biarkanlah mereka. Macam ustazah kata, jom kita teruskan kerja-kerja kita untuk Islam, insya-Allah lepas ni mareka akan jatuh sedalam-dalamnya hingga 'pak ddahak (baca dgn shattah)' kata org Kelantan. Dan berdoalah, insya-Allah doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah. Jadikan munajat di Kelantan sebelum PRU12 sebagai teladan. Insya-Allah Perak akan kembali ke tangan kita.
Post a Comment