Friday, February 6, 2009

SOALAN-SOALAN YANG PERLU DIAJUKAN


A) Tarik Tali?

Majoriti penduduk di dunia Islam didakwa tidak bekerja kuat. Bagaimana pula dengan muslim yang baik yang bekerja bersungguh-sungguh? Mengapa mereka tidak produktif? Masalahnya ialah sikap, orientasi dan kurang semangat untuk bekerja secara berkumpulan.


Akhirnya, individu-individu dalam kumpulan mungkin bekerja keras tetapi dalam arah bertentangan. Sebagai kesannya, seluruh tenaga yang mereka curahkan menjadi kosong atau negatif.


Kerja Islam mempunyai magnitud dan arah seperti kuantiti vektor dan metematikal. Individu-individu yang bekerja serentak di antara satu dengan yang lain, dengan perancangan yang jelas dan faham akan matlamat, tidak akan menghasilkan apa-apa walau banyak tenaga telah dicurahkan.


Jika kita masih mencari kesalahan orang lain, tidak menghargai sumbangan-sumbangan positif dan memperkecil pencapaian orang lain, kita tidak akan ke mana-mana. Tinggalkan sikap bahawa kita selalunya betul dan yang lain selalu salah. Kita mesti mengenal semua pekerja dalam lapangan Islam dan cuba menyelaraskan usaha-usaha kita.


B) Keadaan sekarang: Paling Buruk atau Paling Baik?

Kita selalu mendakwa bahawa situasi kita pada hari ini adalah yang paling buruk dan tidak mungkin akan bekerja dalam keadaan tersebut. Justeru, kita menunggu suasana paling baik dan sempurna. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok. Tiada siapapun tahu berapa lama status seperti hari ini akan kekal.


Cerita mengenai seorang lelaki yang jatuh dari tingkat 20 adalah sesuai untuk dipadankan di sini. Semasa dia jatuh ke bawah dan melintasi tingkat ke-7, seorang lelaki bertanya kepadanya dari tingkap, “Bagaimana anda sekarang?, Apa Khabar?”. Dia menjawab, “Setakat ini baik!”.


Sikap kita yang optisma terhadap dakwah dapat dilihat dalam kisah Nabi Musa a.s, Harun a.s dan Firaun.


Taraf kita lebih rendah daripada Musa a.s. dan musuh tidak pula lebih buruk daripada Firaun. Oleh itu, hendaklah sentiasa menaruh harapan dan tidak berputus asa terhadap keadaan kita sekarang.


C) Adakah Ketaatan itu Untuk Allah atau Akronim?

Petugas Islam mungkin bekerja melalui satu organisasi/parti atau sebaliknya, tetapi ketaatan yang utama haruslah kepada Allah. Nama-nama singkatan yang kita cipta untuk menamakan organisasi/parti tidak boleh mengaburi ketaatan kita kepada Allah.


Untuk tujuan strategi atau taktikal, kita membentuk pelbagai struktur, membuang dan mengubah yang sedia ada sebelum ini. Tujuan ini tidak boleh dikelirukan daripada objektif kerja-kerja Islam. Kadang-kadang kita menjadi terlampau bersemangat dan membela sesuatu nama tanpa kita sedar ini adalah jalan (cara) dan objektifnya hanya memperolehi keredhaan Allah semata-mata.


Sangat merbahaya sekiranya kita menetapkan suatu kesucian yang mistikal ke atas organisasi/parti lebih daripada apa yang kita niatkan. Kita membaca ayat dalam Surah Yusoff:


“Kamu tidak menyembah selain daripada Allah kecuali hanya menyembah nama-nama yang dibuat oleh kamu. Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. Keputusan itu adalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan kamu agar tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” (12:40)


Ini adalah fenomena yang telah mengganggu organisasi Islam dan dengan jelas disebabkan oleh kelemahan objektif mutlak kita. Maka, jangan hairan menggaru kepala kenapa berduyun-duyun orang ke ceramah politik, tetapi kurang terlihat batang hidung mereka di program tarbiyyah!


3 Comentários:

Unknown said...

Assalamualaikum ustazah.

KakChik sekadar berkongsi pandangan.

Hakikat yang perlu kita telan. Sememangnya dalam organisasi kita sentiasa ada yang suka terlibat di kedua-dua lapangan politik dan juga dakwah, namun tetap juga ada yang cenderong hanya kepada satu daripadanya. Itulah yang menyebabkan banyak mesej dakwah dan matlamat perjuangan menjadi bercampur-baur dengan unsur-unsur lain. Yang susahnya lebih ramai yang condong politik tapi menganggap aktiviti tarbiah boring dan tidak menarik. Tindak balas apabila dijemput ke program tarbiah amat perlahan berbanding jika dijemput ke ceramah politik Islam. Mungkin itulah sebabnya perjuangan kita memerlukan kesabaran yang tinggi, usaha yang istiqamah dan kebijaksanaan. Kerana kita berhadapan dengan mad'u yang inginkan Islam tertegak tapi sebahagiannya kurang menjiwai matlamat Islam itu sendiri.
Wallahu'alam.

lelucon said...

Izinkan saya kongsi - faktor umat Islam mundur bukan kerana tidak 'berjemaah'

dlm buku 'Islam, Knowledge dan Other affairs' (2006), Tun M dlm teks ucapannya di bhgian 'other affairs', Tun ada menerangkan strategi yg Malaysia gunakan sewaktu nak melangkah menjadi negara industri dan juga kaedah pembangunan sumber manusia yg berkesan utk menjd sebuah negara membangun. satu caranya ialah mewujudkan industri pembuatan secara besar-besaran - menarik pelabur, mewujudkan pekerjaan, menaikkan taraf ekenomi rakyat, negara makmur, semakin menarik pelabur, dan kitar seterusnya. Maka negara maju.

Klu kita kaji, negara-negara maju blh maju bukan sbb penyelidikan, tetapi penguasaan industri. Hasil industri dijadikan sokongan untk menjalankan penyelidikan, dan juga pendapatan. Umat Islam mundur, sebb kita menganut sama ada pemikiran tradisional, atau 'pemikiran Islam' tradisional aliran Timur Tengah, yg tidak membudayakan industri (Tumpuan hanya diberi pd pengkajian bidang agama dan politik). Pengkajian bidang agama yg menyentuh ekonomi hanya menjkaji soal halal/haram perniagaan. tapi kalau takde barang, nak niaga apa? Ekonomi umat Islam pula rata2 tertumpu bidng pembuatan yg melibatkan sebagian kecil masyarakat.

klu kita semak/kaji asas industri, matlamatnya ialah menjana ekonomi besar-besaran, menggunakan 'kuasa' masyarakat. Prinsip kesatuan/'jemaah'. Kejayaan secara 'berjemaah' dah sinonim dgn Islam, sejak zaman Rasulullah. Islam dah berjaya dgn jemaah. Umat Islam hari ini ramai yg berjuang dlm jemaah. Tapi miskin juga. kenapa? Masalahnya bukan sbb tak berjemaah, tp salah konsep. Renaissance bermula dengan industri cara Barat (buruh paksa),mereka berjaya, wlupun perjuangan semata2 utk dunia. Maka, kalau kita berjaya bina satu konsep 'jemaah' yg dapat menjana industri dgn berkesan dgn acuan Islam, insya'allah, umat Islam takkan mundur, malah lebih hebat dari barat. Kita bukan kurang semangat/salah niat, tapi berjuang salah tempat dan matlamat.

Nurhidayah Jaafar said...

ya, perlu beza antara dua: mana satu jalan, mana satu matlamat.

saya tak tahu nak respon apa dah, pandangan kalian memang hebat

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO