Tuesday, February 17, 2009

SIDANG MEDIA BERSAMA PEMIMPIN HAMAS

Khamis lalu, saya dan krew majalah berpeluang mengikuti majlis ini. Ada beberapa info untuk dikongsi bersama kalian. Penulisan di bawah menggunakan teknik reporting - penulisan laporan wartawan. Harap tidak jemu.



Pada 12 Februari 2009, bertempat di Hotel Putra Kuala Lumpur, telah berlangsung Majlis Sumbangan Kepada Wakil Hamas bersempena dengan Tabung Kemanusiaan Harakah yang telah dilancarkan. Jurucakap rasmi Hamas, Sami Abu Zuhri yang menjadi tetamu kehormat dalam Majlis tersebut merakamkan penghargaan terima kasih dengan penerimaan dana sejumlah RM 500,000.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang, Pengerusi Harakah Dato' Mustafa Ali, Pengarah Urusan Harakah Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh, Ahli Parlimen PAS Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali. Wartawan daripada pelbagai media turut serta.


Selain itu, majlis turut dihadiri para penyumbang dana yang terdiri daripada NGO Islam, pemimpin PAS kawasan, Kelab Penyokong PAS, Kijang Care dan penyumbang persendirian. Sumbangan turut diterima daripada masyarakat bukan Islam yang bersimpati dengan penderitaan rakyat Palestin, menjadikan jumlah dana terkumpul hampir RM 900,000 setakat majlis tersebut.


"Kami mengucapkan terima kasih kepada Harakah yang menjadi penganjur majlis dan tabung ini dan kami terharu dengan sokongan yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk yang bukan Islam yang telah meyumbangkan dana dan membantu meringankan penderitaan penduduk Palestin”, ujar Sami Abu Zuhri dalam ucaptamanya.


"Semoga Allah menerima jasa baik sumbangan anda," katanya dalam bahasa Arab yang diterjemahkan semula oleh warga kerja Harakah, Ustaz Zainuddin Hashim.


Beliau turut menyeru agar rakyat Malaysia berhati-hati ketika menyumbang kerana ada pihak-pihak dan agensi-agensi tertentu yang tidak jujur dalam penganjuran sumbangan Gaza ini. Menurutnya, dana perlu diserahkan kepada agensi yang amanah dan bertanggungjawab atau datang terus ke Gaza untuk disampaikan sendiri kepada penduduk di sana.


Sami Abu Zuhri merupakan seorang pensyarah daripada Universiti Islam Palestin yang sedang menyiapkan tesisnya di Damsyik dalam pengajian sejarah Pejuang Salahuddin Al-Ayubi. Bagaimanapun Universiti tersebut telah musnah diserang dan dibom oleh Israel.


"Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya melahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran."


Demikian antara petikan kata-kata pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri yang menceritakan antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu selain membebaskan bumi Anbia itu daripada rejim Zionis Israel.


Sementara itu, Ustaz Ahmad Awang berkata, PAS sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin sepanjang masa, bukan apabila berlaku keganasan sahaja. Beliau meletakkan harapan tinggi kepada pihak media agar sentiasa menerangkan isu ini dari masa ke semasa.


"Kezaliman Yahudi telah diceritakan dalam al-Quran yang akan terus dilakukan sampai bila-bila. Kita akan terus menyokong Hamas dan sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin," katanya ketika ucapan mukadimah majlis tersebut.


Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Mustafa Ali, Pengerusi Harakah yang kagum dan menghargai sumbangan besar yang disalurkan oleh orang ramai ke Tabung Kemanusiaan Harakah. Katanya, inilah pertama kali tabung yang mendapat sumbangan paling banyak dalam masa yang begitu singkat. Harapan beliau agar sumbangan ini akan terus menerus diberikan sebagai tanda keprihatinan dan kecaknaan kita terhadap Gaza.



Majlis penyerahan sumbangan yang tamat sekitar jam 2 petang itu diteruskan dengan sidang media bersama Sami Abu Zuhri. Kesempatan tersebut diambil oleh media untuk bertanya tentang isu peperangan dan senario politik terkini di Palestin.


Sami mengulas, keputusan pilihan raya Israel di antara tiga parti iaitu 'Kadima', 'Likud' dan 'Yisrael Beitena' disifatkan akan terus dengan dasar memusnahkan dan bertindak kejam kepada penduduk Palestin.


“A Changes face does not mean anything. All Israel are criminal” (Bertukar wajah tidak memberi apa-apa makna. Semua Israel adalah penjenayah)," katanya.


10 Comentários:

lelucon said...

kenapa HAMAS?
secara peribadi, saya melihat HAMAS adalah salah satu punca penderitaan rakyat Palestin. Sepatutnya pihak yg menyumbang, menyumbangkan kepada badan NGO (bukan HAMAS, bukan Fatah).

Anonymous said...

sejauh mana keyakinan kita terhadap badan2 NGO tersebut untuk sampai kpd rakyat palestin? Kita melihat wang kita dimasukkan ke dlm tabung, namun kita tdk melihat, apa yg berlaku selepas itu krn mata kepala kita tdk di palestin.

isu hamas sbg punca penderitaan di palestin tdk benar sama sekali. Hati2 dgn momokan itu dan apa jua berita yg sampai kpd kita. Bagaimana kita mahu katakan hamas sbg punca penderitaan rakyatnya sdgkan rakyatnya sendiri turut berjuang bersama hamas. Mereka yakin hamas boleh membawa kemenangan sbgmana yakinnya mereka kpd ayat2 Allah...

Mahu tahu apa yg dikatakan yahudi sehingga gencatan senjata diputuskan?

"Bagaimana kami mampu utk terus memerangi gaza, kerana kami berperang dgn manusia yg memakai jubah putih. Mereka tdk menggunakan senjata, hanya mengambil pasir2 lalu membalingkan ke muka kami dan dengannya kami rasa terbakar".

Yakinilah dgn tentera2 Allah di Palestin sama ada yg terlihat dek mata atau tidak.

MS Rizal said...

lelucon,

Hamas bukanlah sebab penderitaan rakyat Palestin, tetapi satu wadah yang diyakini dapat membela Palestin. Hamas punya rentetan sejarah sendiri, pemuda-pemudinya lahir dari perut masjid-masjid yang dipimpin oleh salihin yang mencintai Allah dan Rasulnya.

Ya, benar kata ustazah. Jangan terpengaruh dengan kata-kata orang tanpa usul periksa. Penilaian peribadi bukan sekadar menilai dari isu kotemporari tetapi mesti bersama hujah sejarah yang kuat.

Sekadar pandangan....

Anonymous said...

maklumat yang sahih yang diterima, buat masa sekarang belum sampai lagi bantuan daripada kerajaan Malaysia, walaupun berjuta-juta wang telah disumbangkan, contohnya daripada tabung NSTP, kemana hilangnya duit tu. maklumat ini diperolehi daripada satu badan NGO iaitu Yayasan Amal, yg pergi sendiri hulur bantuan ke Gaza, namun sehingga kini belum ada lagi sumbangan daripada Kerajaan Malaysia.walhal sumbangan daripada rakyat mencecah jutaan ringgit...

Anonymous said...

Ya, saya setuju..berfikirlah semasa menderma.
Saya setuju anda salurkan sumbangan melalui badan-badan yg akan menyampaikan sumbangan tersebut terus kepada wakil hamas atau terus ke gaza.

Contohnya menyumbang melalui tabung kemanusiaan harakah ini...

lelucon said...

utk makluman Ustazah dan MS Rizal, saya membuat penilaian dan bukan 'termakan momokan' membabi buta media barat (jika itu maksud komen anda). Tp biasalah manusia, byk kurang... :)

susah juga nak kata 100% siapa salah siapa betul dlm satu isu, sbb byk individu yg terlibat. Bahkan dlm Hamas saja pun mungkin ada yg tak setuju fahaman/pendekatan individu lain. Tapi umumnya, saya lihat 'peranan dan sumbangan' dr pihak Hamas sgt besar terhadap penderitaan rakyat Palestin. Paling ketara, serangan roket. Jika samseng pukul anda, anda balas, anda dipukul lebih teruk. Siapa salah?

Mungkin kita blh rujuk semula sejarah Islam. 1 pelajaran penting yg saya pelajari dlm kisah perang Khandaq/ahzab, pendekatan tentera Islam bila kekuatan lebih lemah dr pihak lawan...

Anonymous said...

Zaman sekarang ialah zaman ISlam dipijak dlm apa jua cara sekalipun. Kebatilan itu dipandang ketenangan manakala kebenaran itu dipandang ekstrimisme. Menegakkan kebatilan ibarat mendirikan syurga dunia manakala menegakkan kebenaran ibarat membina neraka dunia. Maka, jadilah kebenaran menegakkan kalimah Allah itu suatu keperitan dan dilingkari kezaliman musuh Islam di sekitar perjuangan.Tetapi, Allah telah berkata bahawa jika ada ujian itu datang terhadap umat Islam dlm perjuangannya, maka yakinlah bahawa perjuangan itu benar. Kerana perjuangan yg benar diselumuti dengan cabaran, fitnah dan ujian yang menguji iman. Itulah yang terjadi pada perjuangan Hamas.Benar dalam keperitan bukan batil dalam keselesaan.

"Jika samseng pukul anda, anda balas, anda dipukul lebih teruk. Siapa salah?"

Merujuk pada kenyataan yg anda utarakan di atas, pada pandangan saya lihat siapa samsengnya, siapa yg dipukulnya, pukulan apa yg diberikan dan adakah yg membalas itu salah?

Pada saya, Sejarah Islam dahulunya membenarkan perkara ini berlaku diPalestin. Semua yg berada dlm landasan perjuangan Islam percaya bahawa apa yg dilakukan oleh Hamas adalah benar. Jika kalian juga berada dalam komuniti masyarakat Islam pejuang, maka kalian juga turut membenarkannya kerana apa yg dilaungkan oleh kalian dlm bentuk yg satu iaitu kalimah tauhidiyyah. Menegakkan kalimah itu bukan mudah!

lelucon said...

ada beberapa kisah, saya baru terbaca. Jd la. mengajar/sebar=belajar hehehe.

waktu nabi sujud di tepi Kaabah, ada sorang pembesar Quraisy tuang darah dan usus unta atas kepala nabi. Dan juga di Taif, nabi lebih rela merawat luka, dari balas dendam (walhal Jibrail offer bantuan on the spot). Nabi tak balas pun?

juga, Hamka pernah dipenjara 2 tahun (26 Jan 1964- pertengahan 1967), dan beliau mengungkapkan penahanan ini sbg rahmat dari Allah, kerana jika tidak, beliau tidak mungkin mampu menyelesaikan Tafsir Al-Azhar karangannya itu. (buku 'Pemikiran Hamka, DBP:ms 51)

dan pd saya, sokongan rakyat Palestin pd Hamas, lebih kepada 'dah takde orang lain nak disokong, layan je la'...

entahlah ustazah, pndapat kita berbeza. Tak kisahlah, asalkan matlamat kita semua sama - nak dpt redha Allah :)

Anonymous said...

Minta maaf saudara lelucon,

Kenyataan dan pendapat peribadi saudara yang berkisar dan berhujjahkan sejarah, minta maaf perlu saya sebut di sini, sungguh tidak berasaskan displin ilmu dan manhaj sejarah pensyariatan Islam atau "Tarikh tasyri'"

Apa itu ayat makkiyah, maddaniiyah, bagaimana proses dakwah Baginda saw dan bagaimana aplikasi ahkam Alquran dan Sunnah diletak secara betul.

Kembali kepada Quran dan Sunnah. Lihatlah pandangan Ulama' dan bersama dengan jemaah Islam.

Hanya mengambil sirah Nabi dan membuat interpretasi sendiri secara textual dan rawak pasti tidak akan sampai kebenaran.

Dakwah punya banyak method. Lembut ada. Perang juga perlu.

Susun kembali manhaj fikiran anda!

Ideologi dan serangan pemikiran sangat licik dan halus serangan. Guru yang muktabar dan mursyid perlu ada.

Maaf di atas ketegasan, namun saya sungguh rasa hairan!

Saya akan jawab isu berkenaan HAMAS ini kelak di laman saya.

@ustazahengineer: Sister di dalam gambar itu teman akrab ana.

Allahua'lam.

lelucon said...

alqasam,
kalau niat baik, tak perlu minta maaf. saya yg patut berterima kasih :)

tp itulah pendirian saya trhadap HAMAS. kalau tak puas hati dan ada benda yg perlu saya tahu, silalah ajar saya (lelucon2020((a))yahoo.com).

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO