Monday, February 16, 2009

TOLONG BERIKAN SAYA JAWAPAN


Jika anda diberikan 4 huruf di bawah yang mengandungi makna yang berlainan iaitu huruf M, A, T, dan I, cuba anda dapatkan jawapannya.


M
– Malaikat Izrail datang, A – Akhir hidup di dunia, T – Tanam di dalam tanah, I – Ibadah dihitung dan dinilai Allah.


Kemudian, keempat-empat huruf itu ditambah antara satu sama lain. Cuba anda fikir sekali lagi apakah jawapannya yang paling tepat tanpa sebarang ralat perpuluhan sedikitpun.


Apabila dipadatkan soalan bunyinya begini; Apabila Malaikat Izrail datang menjemput anda dengan wajah yang buruk atau cantik untuk mengakhiri hidup anda dengan izin-Nya, kemudian anda ditanam di tempat asal anda iaitu tanah. Selesai urusan itu, segala ibadah yang dilakukan di dunia akan dihitung dari sebesar-besar perbuatan sehinggalah sekecil-kecil perbuatan walau sekecil zarah sekalipun. Anda tahu apa itu zarah bukan? Suatu yang tak terlihat dengan pandangan mata kasar. Itu soalan panjangnya.


M + A + T + I =?, apakah jawapannya. Bukankah anda orang yang bijak dan tinggi ilmunya. Ada di antara anda seorang guru matematik penyelesai formula yang susah-susah, seorang doktor yang dapat melihat zarah, seorang jurutera yang dapat merekabentuk sebuah bangunan megah, seorang artikek yang boleh melakar pelan yang indah, seorang akauntan yang boleh mengira jumlah akaun beribu-ribu ringgit; Inikan pula untuk menyelesaikan satu formula MATI dengan 4 huruf sahaja. Mesti anda boleh melakukannya, cuba lagi…


Siapa yang dapat menjumpai jawapannya ialah ‘Mati dalam kebaikan’? Ada lagi jawapan lain? Siapa yang mendapat jawapan ‘Mati dalam keburukan’? Ada lagi jawapan yang berbeza? Mati itu akan berlaku esok jam 8.30 pagi sebelum sampai ke kuliah atau ke tempat kerja. Itu jawapan anda? Menemui jawapannya ‘Syurga’. Siapa yang bertemu dengan jawapan itu? Ada yang memberikan jawapannya 28 Februari 2009? ‘Saya akan memberi jawapannya 20 tahun lagi’. Ada yang berkata begitu?


Bukankah anda bagus, hebat dan bijak. Kenapa tidak bertemu dengan jawapan itu? Sebelum ini anda sentiasa mengakui kepandaian, merendahkan orang di sekeliling dan apa sahaja perbuatan bermegah-megah dan bangga diri. Di manakah keberanian itu?


Saya yakin anda ahli akademik, ada yang bergaji besar, berduit banyak, bersyarikat besar dan segala macam kebesaran. Mana kebesaran itu sehingga persoalan 4 huruf itu tidak mampu di jawab?


Yang ada Ijazah, Master dan phD, cepat berikan jawapan. Mana IQ anda di saat ini? Buktikan.


Siapa yang suka tidur, mesti menemui jawapannya di dalam mimpi. Mungkin juga di sebalik selimut anda. Atau ada jawapannya di dalam siri-siri televisyen kegemaran anda? Barangkali jawapannya ada dalam tutur borak kosong bersama rakan meja sebelah. Atau dua pinggan nasi yang anda makan tiap-tiap hari itu boleh bercakap lalu memberikan jawapannya. Mana tahu handphone yang dikepit setiap masa milik anda boleh menghantar pesanan kematian. Mungkin. Cuba tanya mereka, mana tahu mereka boleh membantu.


Tanya pada itu semua, apakah jawapan kepada formula M+A+T+I =?

Saya sendiri tidak akan menemui jawapannya sampai bila-bila. Hanya menunggu jawapan itu datang pada bila-bila masa, di mana-mana tempat tanpa pengetahuan walaupun sedikit. Saya cukup takut andai mati mengejut. Mati tanpa tanda-tanda kematian dan mengaibkan. Na'uzubillah...


Batu (kayu) nisan sebagai cenderamata dari program Tamrin Dewan Muslimat PAS Kawasan Gombak, pada 14 & 15 Februari 2009, selepas modul muhasabah kematian-prinsip wawasan. Ketika itu umur saya 26 tahun. Agak-agak bila saya akan mati ya? Boleh anda tolong isikan ruangan 'wafat' yang masih kosong tarikhnya itu?


6 Comentários:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Hidup itu realiti, mati itu pasti! Ajal menjemput hanya Dia yang tahu.

Apapun, hadiah tersebut sangat bermakna..cukup sebagai tazkirah!

Unknown said...

Alangkah bagusnya kalau dapat buat tamrin sebegini di Kelantan ni tak pun di Pengkalan Chepa.

Anonymous said...

Betul kakchik. Kadang2 semangat pendakwah ini lemah sebab jauh dari Allah. Kemungkinan itu menjadi hijab kemenangan kita. Kalaulah setiap ahli sentiasa mengingati mati, pasti setiap masanya diisi dengan dakwah walaupun kecil.

Kak nik, ermm..tulah memang berkesan sungguh tazkirahnya. Selama ini kita hanya dengar orang dok brainwash kita pasal mati. Tapi bila ingat mati tu dijelmakan dengan benda (macam batu nisan tu), memang berkesan.

Saya dok tido dengan nisan tu malam tadi, bangun jer tido, saya nampak nisan tu dulu depan mata saya. Memang dh tak sambung tido dah lepas tu...:)

Anonymous said...

Apa kata lepas ni kita gantung kain kapan pula di rumah? mencontohi ahli sufi silam..

lelucon said...

M+A+T+I = slmt tinggal duniaku

berkesan ke batu nisan? kalimah 'Allah' pun dah jd gurau senda zaman skrg ni. Hakikatnya keinsafan tu cuma boleh dtg dari kesedaran yg empunya diri, juga hidayah Allah. Kalau blm dapat hidayah, sumbat dlm liang lahad pun blm tentu insaf...

Anonymous said...

Hidayah tu kena cari, tdk dtg bergolek di depan mata. Salah satu cara mendapat hidayah Allah ialah sering ke pgrm tarbiyyah/ilmu dan mendampingi golongan berilmu dan macam2 cara yg lain.

Seluruh yg terdapat di alam ini boleh menjadi peringatan pada kita buat yg mahu berfikir. Hatta debu sekecil itu pun boleh menjadi peringatan buat yg mahu berfikir

Buat kalimah Allah yang menjadi bahan gurau senda, itu perlukan penyelesaian yg lain. Itu soal akidah, soal keyakinan. Perlu bawa mereka kembali kpd kalimah tauhid dgn hakikat sebenar

Peringatan sebegini hanya mampu menyedarkan org2 yg mahukan kesedaran...dan mencari kesedaran itu...dan hatinya yg sudah dibuka utk terima hidayah

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO