Monday, March 23, 2009

PENDAKWAH WANITA & FEQAH WANITA

Suatu hari saya ditanya oleh seorang adik kampus (mad’u);

“Akak, apa bezanya air mani, air mazi dan air wadi? Setahu saya perempuan yang sudah baligh akan datang darah haidh, lelaki pula akan keluar air mani melalui mimpi dan ketika mencapai klimaks syahwat. Perempuan ada air mani juga ke kak?”

“Apa beza air mazi dan air mani? Bukankah kedua-duanya kerana syahwat? Bagaimana mahu membezakannya? Air wadi saya tahu, ia hanya untuk perempuan”, dia bertanya lagi.


Lalu saya menerangkan jawapan sekitar persoalan tersebut. Perbezaan ketiga-tiganya dan cara mengenal sifat-sifatnya. Juga saya perbetulkan anggapannya yang salah ketika mengutarakan soalan tadi. Alhamdulillah dia berpuas hati.


Hari yang lain saya ditanya persoalan feqah tentang masalah haidh wanita pula.

“Kak, saya sudah datang haidh (antara ya atau tidak) walhal tempoh suci saya belum cukup 15 hari. Tapi saya rasa ia tetap darah haidh walaupun belum cukup tempoh suci. Saya confiuslah nak beribadah, sah ke tak sah. Macam mana yer?”, mukanya berkerut-kerut menampakkan penyakit was-was yang dihadapi.


Permasalahan begini akan dihadapi wanita yang gagal mengenalpasti sifat-sifat darah haidh. Saya percaya ramai yang akan mengatakan ia bukan darah haidh berdasarkan tempoh suci yang belum matang. Sebaliknya, saya memberikan jawapan ya. Kenapa?


Penyelesaian yang harus diberi bukan berdasarkan teori feqah semata-mata. Kadang kala ia bersifat anjal bergantung kepada beberapa masalah dan keadaan seseorang. Antaranya penyakit-penyakit kewanitaan dan tahap kesihatan seseorang yang perlu diambil kira. Memandangkan permasalahan sebegini memberi kesan kepada kualiti ibadah seseorang, maka adalah wajib bagi seorang wanita mengetahui dan mendalaminya sebaik mungkin.


Lelaki tidak terkecuali mempelajarinya kerana anda adalah pemimpin isteri dan anak-anak perempuan kelak. Seharusnya anda juga boleh menjadi pakar rujuk yang dipercayai.


Kebanyakan pendakwah muslimat tidak menguasai feqah. Dalam erti kata yang lain, tidak mendalami ilmu feqah wanita sehingga mampu menyelesaikan kekusutan mad’u yang bertanya. “Tanyalah ustazah masa kuliah feqah nanti”, itulah jawapan yang acapkali diungkap, walhal persoalan yang diutarakan oleh mad’u adalah persoalan enteng yang sepatutnya mampu dijawab.



Umum menerima tidak semua pendakwah wanita fakih tentang ilmu feqah. Tidak semua di kalangan kita adalah pelajar jurusan agama. Meskipun begitu, tidak ramai juga yang mahu meningkatkan ilmu feqah mereka. Kita masih selesa dengan ilmu feqah yang sedikit tanpa mahu membaca, belajar, bertanya, berguru, hadir ke kuliah feqah atau melalui sumber ilmu yang lain. Akhirnya, kita kehilangan sasaran dakwah yang rajin bertanya dan mencari-cari kita yang tampak bijak ugamanya.


Bagaimanakah pendakwah muslimat zaman kini boleh mencontohi Saiditina Aisyah, tempat rujuk masyarakat wanita di zamannya?


Jadikan adik-adik di kampus, kenalan wanita di tempat kerja dan makcik-makcik sejiran di sekitar kita sebagai sasaran dakwah utama. Tidak perlu bicara politik, sebaliknya bantu mereka merungkaikan masalah-masalah feqah dengan hikmah yang anda miliki. Andai jawapan anda melapangkan fikiran mereka, pasti Allah akan membuka kelapangan mereka untuk merapati anda. Percayalah, mereka akan merujuki lagi anda selepas itu.


Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Belajarlah.


5 Comentários:

lelucon said...

'hidup utk belajar'

Anonymous said...

Semasa ustaz membentangkan kuliah haid, saya tidak malu untuk bertanya dengan lebih detail w/pun ketika itu ada akhwat turut serta.
Sebabnya, saya punya ramai adik-beradik perempuan dan suatu hari nanti akan menjadi suami(insyaAllah)...

Fiqh umum seperti ini perlu dilangsaikan terlebih dahulu, barulah kita boleh pergi kepada matlamat yang lebih besar...
Benar, jangan malas dan malu untuk belajar..

Anonymous said...

itulah pentingnya bertanya, supaya ilmu kita bertambah...

itulah pentingnya ditanya, supaya ilmu kita tidak hilang...

belajar, kemudian ajarilah.

saya berkongsi pengalaman. Ramai makcik2 jiran terdekat selalu bertanya kpd saya masalah2 feqah. Mana yg mampu dijawab, saya akn jawab. Jika saya tidak dpt jawab, ia mendorong saya utk belajar lagi

...paling penting, kita menjadi pakar rujukan masyarakat walaupun jiran selorong. Itu sudah memadai sbg langkah awal masyarakat mendekati kita.

Anonymous said...

assalammualaikum.... i'm sorry, followed a few time your blog, but couldn't get the object from it. it's just a remark but no solution or remedy. u write as if you would understand it all. yes, i almost disagree bout what's is happening but understand the works of Allah is not yours to simply comment with the knowledge given upon u by allah himself. tauhid...... learn it, grasp it, before u would comment anything. wasslam.

joe penang said...

Saya ada link yg membicarakan bab haid dan nifas. Namun ianya dikarang dan dibahas oleh ustaz. Silalah

http://untukhariesok.blogspot.com/search/label/haid%20nifas

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO