Monday, August 3, 2009

MACAM PENYAMUN...

Bermacam-macam persepsi boleh dijangkakan apabila melihat gambar ini. Antaranya:


  1. Seorang penyamun perempuan yang sedang melarikan diri dari ditangkap polis.
  2. Seorang ahli gerakan bawah tanah dan beberapa ahli yang lain sedang melakukan operasi gerakannya.
  3. Kemungkinan banduan yang lari dari penjara.
  4. Atau orang awam yang sedang dicari pengganas dan menutup muka agar identitinya tidak dikenalpasti.
  5. Barangkali dia sedang melakukan aktiviti jungle treking dan menutup mulut agar tidak dimasuki habuk atau pasir.
  6. Kebarangkalian yang lebih besar ialah menutup mulut dan hidung sebagai langkah pencegahan virus H1N1.


Apakah persepsi anda pula?


Jika sama seperti di atas, maka anda telah melakukan kesilapan yang besar dalam melakukan penaalukan imej.


Gambar tersebut adalah gambar saya yang sedang menyelamatkan diri dari tangkapan polis, gas pemedih mata dan semburan air kimia dalam DEMONTRASI ISA 1 Ogos yang lalu.


Setelah disekat kanan dan kiri, tak jumpa jalan untuk selamatkan diri, bertekad teguh bersama suami, apalagi…


Meneruni lereng bukit adalah langkah yang paling bijak, dinamik, cekap dan berkesan serta sangat signifikan.


Alhamdulillah, saya buat macam tiada apa-apa yang berlaku, kami berpimpin tangan macam pasangan couple, senyum dan bermuka ceria (walaupun mata dan hidung pedih semacam kena tempias semburan), jalan dengan sopan santun di hadapan polis dan beberapa langkah keselamatan yang lain.


Selamat akhirnya…inilah kemanisan demonstrasi. Ada lain kali, kita ikut lagi.


Rasulullah berjuang sampai patah gigi. Kita berjuang jangan sampai patah hati.


PATAHKAN ISA dan UMNO!


2 Comentários:

Anonymous said...

Assallamu'alaikum wbt.,
Sahabat sahabat group.Saya ingin jemput sahabat sahabat berkongsi ilmu mengenai sebuah Hadith yang menceritakan tentang tunjuk perasaan atau demonstrasi. Kepada sahabat sahabat yang ustaz atau 'alim ulama minta di perbetulkan jika ada kesilapan.

Ada isyarat Hadith menerangkan bahawa salah satu tanda dunia hampir kiamat ialah apabila adanya pejuang Islam yang menyuarakan perjuangan mereka dengan cara tunjuk perasaan atau demonstrasi.

HADITH yang di maksudkan ialah Nabi bersabda yang bermaksud :

“Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda dunia hampir kiamat. 1) Tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (di kunjungi ramai). 2) Orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi) . 3) Seorang menggesel amanah saperti unta menggesel badannya di pokok kayu. (Riwayat At Tabrani dalam Al Kabir).

Hadis ini menceritakan bahawa pada akhir zaman nanti timbul di kalangan umat Islam yang berjuang, mereka menyatakan dan menzahirkan tuntutan dan tentangan terhadap pihak tertentu melalui tunjuk perasaan atau demonstrasi. Apa yang di sebut oleh Nabi sedang berlaku sekarang di seluruh dunia termasok di negara kita.

ALLAAMAH MUFTI BRUNEI ada menyebut dalam himpunan fatwanya bilangan 30 halaman 164 berkata:

“Salah satu perkara yang timbul sekarang ini di kalangan orang Islam ialah mereka mengikut cara Eropah atau cara orang Barat ia itu mereka berarak di jalanan dengan meninggikan suara dan menjerit menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktiqad bahawa cara itu adalah jihad.Sedangkan Nabi S.A.W telah mengkhabarkan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan Islam.”

SABDA NABI S.A.W. lagi yang maksud nya “Sesungguh nya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara yang keji dan menjerit jerit di jalanan.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir)

Kita lihat bahawa semangat kebangkitan Islam telah begitu ketara di seluruh dunia.Ini satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawa umat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihat Islam itu diapa-apakan.

Mungkin juga umat Islam sedunia telah mula memahami akan maksud ayat:
Maksudnya: “Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau (ya Muhammad) selagi engkau tidak ikut cara hidup mereka.”(surah Al-Baqarah: 120)

Tetapi malangnya semangat kebangkitan juga telah mengakibatkan umat Islam sedunia membuat perkara-perkara yang tidak ada dan tidak diajar di dalam Islam.Semangat ini telah mendorong umat Islam berdemonstrasi dan menunjuk perasaan. Silap saja langkah dan cakap Yahudi atau Barat maka keluarlah umat Islam dengan sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan. Berkumandanglah suara-suara mengutuk dan mengecam Yahudi dan Barat. Demonstrasi dimeriahkan pula dengan sorak-sorai dan jerit pekik. Suasana gawat.Di Malaysia contoh nya mereka yang mengaku pejuang Islam melakukan demonstrasi jalanan, merusuh,membakar lilin cara yahudi, mogok lapar ikut yahudi (tetapi berselindung mengatakan mogok puasa), memakai baju hitam atau kuning.Dan bermacam macam bentuk tunjuk perasaan.

Apa yang para ‘demonstrasi’ ini telah lupa ialah, demonstrasi dan tunjuk perasaan yang mereka lagang itu bukanlah dari Islam tetapi adalah dari budaya toghut. Islam tidak ada mengajar demonstrasi dalam bentuk yang sebegitu. Kalau ada apakah garis panduan nya mengikut Islam? Di sinilah lemahnya kita. Dari satu segi kita marahkan perbuatan toghut tetapi dari segi yang lain kita pula yang mengamalkan dan mempopularkan apa yang dianjurkan toghut selama ini.

Apa yang ada dalam Islam ialah menunjuk kekuatan supaya musuh gerun dan takut untuk memulakan pergaduhan atau peperangan. Ini jauh berbeza dengan demonstrasi atau menunjuk perasaan.


Salaam & Regards

Amri el Wahab

Nurhidayah Jaafar said...

Assalamualaikum.

demonstrasi ini telah banyak kali di perbincangan menurut perspektif Islam.

Saya telah menjumpai banyak rujukan dan sumber yang muktabar tentang 'Islam dan demonstrasi' dan daripadanya ternyata Islam membenarkan demonstrasi malah Rasulullah juga pernah melaksanakan demonstrasi sbg uslub dakwah baginda. dalam hal ini demonstrasi merupakn uslub iaiatu salah satu cara, bukan method (kaedah yg wajib dilaksnakan). Saya suka jika anda mengkaji tentang perkara ini.

Malah, dalam Islam juga terdapat pelbagai jenis demonstrasi. Ada yang dibenarkan, ada juga yang diharamkan. Saya suka jika anda juga dapat mengkaji tentang perkara ini.

Saya rasa tidak perlu semua maklumat berkenaan dengannya untuk dilambakkan dalam blog/komen ini. Suka untuk saya menyarankan agar anda dapat menambahkan maklumat tersebut melalui sumber yg muktabar, menyeluruh dari segenap aspek. Saya rungsing andai pembacaan kita tidak meluas dan mengambil sumber2 tertentu saja menyebabkan ilmu yang diperolehi tidak seimbang. Perlu juga ilmu tersebut diseimbangkan dengan isu dan senario kepimpinan yang berlaku di Malaysia sekarang.

Selamat menambah ilmu sahabat...
Saya kembalikan semua nasihat di atas ke atas diri saya.

*saya percaya tindakan demonstrasi yg telah dianjurkan oleh pihak pembangkang sebelum ini adalah tindakan yang betul dan dibenarkan Islam. Masakan saya tidak yakin dengan ulama' bernama tok guru nik aziz dan tn guru hj hadi awang yg sudah tentu tinggi ilmunya. Masakan mereka membawa ajaran yg bercanggah? mereka juga berdemonstrasi.

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO