Monday, September 28, 2009

Ermm...Raya?




“Opss..dekat sini ada signboard bagi arahan memandu 60 km/j je...jadi sayang kena bawa dengan kelajuan 60 km/j,” ujar saya pada suami ketika bergilir memandu dari Kuala Krai ke Marapoh.


Bermula diolag tersebut, saya kembali membuka bicara tentang jalan raya, pemandu, kemalangan dan isu sekitarnya.


“Abang tahu tak kenapa banyak accident berlaku kat jalan ke Kelantan ni?,” seketika itu saya menyoal pada suami.


“Salah satunya sebab mereka taknak patuhi had laju yang ditetapkan. Lebih-lebih lagi bila lalu di jalan bercerun dan berbukit macam kat Gua Musang ni,” sejurus kemudian saya juga yang menjawab.


Tangan terus menggerak streng kereta. Mata fokus di hadapan jalan, mencari peluang untuk memotong lori besar di depan. Nasib baik lori balak diberhentikan operasinya sepanjang cuti raya. Kalau tidak, mesti bawa kereta ala kura-kura. Hendak memotong di jalan yang berliku-liku, saya agak penakut juga.


Saya sambung bercerita lagi. Kali ini bukan ngomelan kosong. Terselit juga ilmu kejuruteraan walaupun mulut tidak henti membebel tentang sikap sesetengah pemandu yang terlihat sepanjang perjalanan itu.



“Masa sayang belajar engineering dulu, sayang ada belajar macam mana nak design jalan. Sebenarnya, mereka tetapkan kadar had laju sesuai dengan keadaan dan reka bentuk jalan,” saya mula menunjukkan kredibiliti sebagai ustazah yang bukan engineer ni.


“Berapa bilangan kereta yang akan lalu, beban jalan, ketebalan jalan, cerun jalan, hatta, cerun mata pemandu melihat jalan pun ada teori pengiraannya yang tersendiri. Rekabentuk kereta pun sudah disesuaikan dengan rekabentuk jalan. Kalau kancil, kenalah bawa stail kereta kancil..."


“Sebab itu, mereka yang tak patuhi had laju, terutama untuk jalan berbukit macam ni, mudah kemalangan,” kata saya sambil mengimbau kembali dua kemalangan yang dilihat sepanjang perjalanan pulang ke Kelantan 3 hari lepas. Kedua-duanya berlaku di selekoh berbahaya antara Marapoh-Gua Musang-Kuala Krai.


“Jadi, kalau had laju kata 60, bawalah 60. Kalau 90, bawalah 90. Had laju sudah disesuaikan dengan keadaan jalan, rekabentuknya dan kemampuan untuk mengawal kereta,” kata saya seakan membebel tapi ada isi.


“Itu sayang belum cerita lagi macam mana nak buat traffic light. Nak buat pengiraan teori untuk rekabentuk satu traffic light pun makan masa berhari-hari. Masa belajar dulu, naik hitam muka duduk kat tepi jalan kira kenderaan satu-satu tau," ujar saya berkait pula ilmu lalu lintas.


“Susah tak belajar subjek tu?,” akhirnya suami bersuara.


“Dua subjek tu yang sayang dapat gred C. Kejuruteraan Jalan Raya dan Kejuruteraan Trafik…!”.


Ceh, cakap macam pro, rupanya dapat C je…kata saya dalam hati.


Suami diam kembali. Saya terus mengomel tentang ilmu rekabentuk traffic light pula sambil meneruskan pemanduan. Di selang-selikan juga dengan pelbagai pengalaman dan cerita yang menggamit suka duka sepanjang Syawal yang dilalui bersama ini.


Dulu membujang, kini berdua. Dulu senang seorang, kini susah bersama.Yang pahit ditelan, yang manis kuih raya...maka telanlah juga.


Inilah beberapa gambar bersiri kisah raya kami. Berita kemalangan, kematian dan kesedihan mengisi ruang kegembiraan sambutan Syawal di alam baru ini. Semuanya ujian dan cabaran kehidupan untuk menuju kemenangan hakiki.


Kalau kata kami ini adik beradik, mesti ramai yang percaya...


Keretaku demam, terpaksa ditampal koyok! Dilanggar viva ketika kereta dipandu ayah di traffic light Jalan Sentul, dua hari sebelum raya. Tu yang asyik mengomel pasal jalan & traffic light. Kereta tak sempat masuk bengkel sampai hari ini. Alhamdulillah, sampai juga ke Kelantan dalam demam-demam dia pun...


Makan besar malam terakhir di Kelantan. Ayam bakar, kambing bakar, ikan bakar, hotdog bakar & gulai kambing. Tapi semuanya kena cicah budu da...Lepas ini abang sayang kena fikir macam mana nak bakar kalori pulak ye...



Mengambil feel raya di Pantai Irama, Bachok, Kelantan. Inilah satu-satunya pantai yang masih cantik & ramai pengunjung di Kelantan. Pantai yang lain sudah mengalami hakisan. Mengimbau kembali memori dalam puisi "Biarkan Kami Bercinta".

Tidak sempat bergambar dengan kaum keluarga yang lain. Masing-masing sibuk dengan pengurusan jenazah Pak Anjang.


Al-Fatihah buat Pak Anjang, bapa saudaraku yang menemui Ilahi pada 1 Syawal, 11.45 pagi, ketika kami sekeluarga sedang menyambut kemeriahan hari raya di kampung Negeri Sembilan. Kami sekeluarga sempat berada di sisi arwah bermula nazak sehingga menemui ajalnya.


Al-Fatihah buat arwah dan peringatan buat diri kita yang masih hidup.


5 Comentários:

MS Rizal said...

Selamat Hari Raya..Maaf zahir dan Batin..Buat ustaz dan ustazah sekeluarga

Syahida Majid said...

Amboi, pakai spek gilir2 ka.. Huhu

Bukan kate adik beradik, anak beranak pun saya pcaye.

Salam perantauan dari Dataran Syam.. Honeymoon pakej disediakan.. Hehe

kakchik said...

Assalamualaikum Hidayah.
Kakchik pun selalu mengomel pasal jalan raya, trafik dan kemalangan ni bila suami memandu. Hehe macamlah kita tau semuakan?
Kakchik rasa inilah kali pertama ada banyak gambar dalam tulisan Hidayah, selalunya sikit je. Betul tak? Tapi tak mengapa sebab kakchik boleh sama-sama merasai keseronokan Hidayah berhari-raya.
Tak lupa terima kasih banyak kerana sudi datang berhari raya ke rumah kakchik. Lupa pula nak rakam kenangan hari tu. Lain kali bolehlah singgah lagi.
Kemalangan tidak berbau, kita berhati-hati orang pula yang melanggar kita. Semoga kita sentiasa dilindungiNya dari mara bahaya di mana saja.

ustazah-engineer said...

MS Rizal
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kembali kepada MS Rizal..Semoga Sihat & Terus Berjaya. Ada keluangan datanglah beraya ke rumah saya.

Syie..
Hye, spek sorang satu tau..takde sistem pergiliran dalam hal ni, tak sama saiz. Jeles la tuh! Hik3

Wow..kalau homeymoon pakej tu ditaja oleh Syie, akan sambut seruan dataran Syam..kalau berbayar, Syie tolong bayarkan...hehe

Salam Eid Mubarak untuk Syie & sahabat Malaysia di sana. Belajaq rajin2 na...

ustazah-engineer said...

Hehe..Ha'ah mengomel macamlah kita tahu semua yg terjadi. Belum kena kat diri sendiri kan...? Tapi betullah, bila saya tulis macam ni, saya selalu teringat balik apa yg saya tulis, terus tak jadi nak merempit.

Teringin pulak nak letak banyak gambar dalam entri ni. Sekali sekala bolehlah. Bukan apa, ramai adik2 alumni yang bertanya khabar & cerita. Ada yang nak tahu perkembangan dan rupa terkini..hehe.

Terima kasih juga pada kak chik & suami yang sudi melayan..ada masa kita jumpa lagi. InsyaAllah...

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO