Cerita Kita di Jambori Nisa' Selangor

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, pemilik hati-hati kita yang mencintai kebaikan. Jambori Nisa' Selangor 2009 atau singkatannya JNS '09 telah berlangsung dengan jayanya pada 25 - 27 Disember lalu di Kem Bukit Lagong, Selayang.
Puas, seronok, menarik, senyum, cinta, rindu, sayang, ceria, manja dan comel serta pelbagai rona rasa menguasai diri hingga ke saat ini. Semuanya perasaan positif belaka. Tiada yang negatif kerana Islam adalah deen iaitu cara hidup yang sangat indah. Setiap detik-detik yang melatari hidup adalah sebuah keindahan meskipun pahit atau manis, suka atau benci, penat atau rehat.
Objektif JNS tercapai dengan rintik peluh ahli jawatankuasa dan rintik hujan yang sekali sekala menguji kekentalan jiwa kami. Tanpa momentum 'muslimah power', tidak mungkin kami dapat mengumpulkan seramai 3oo lebih peserta dari seluruh kawasan di negeri Selangor. Ia menuntut gerak kerja yang tiada kenal erti L.E.T.I.H. Tiada seorang pun yang meminta pendapatan dari gerak kerja ini. Pendapatan akan diraih di akhirat kelak.

Muslimat yang beraksi
Dalam JNS, saya telah diamanahkan sebagai penyelaras atau pengarah team B. Aktiviti sepanjang JNS telah diasingkan mengikut dua team tersebut. Skop tugas AJK sedikit sebanyak dapat dikecilkan untuk memberi tumpuan seoptima mungkin kepada peserta-peserta program. Jika dilihat pada perbandingan umur, sudah tentu team A dan team B mempunyai kematangan, kecerdikan, kefahaman dan kekuatan yang berbeza.

Saya sengaja meletakkan 4 gambar saya di atas yang sedang melakukan aksi-aksi 'poyo' sebagai penyelaras program. Ia tidak lebih sekadar memberi nilai-nilai motivasi kepada diri saya sendiri. Apabila melihat gambar itu, saya akan tersenyum. Suami saya pula kata, saya kelihatan comel sekali. Mungkin penampilan berbaju pink memberi nilai tambah kecomelan itu. Hehe..Fidah jangan jeles, adik pastinya lebih comel.
Saya tidak kisah apa jua respon akan aksi-aksi saya. Saya mahu menjadi muslimah yang lebih 'beraksi' pada masa akan datang. Saya mengimpikan aksi berani, rajin, bertanggungjawab, efisyen, pandai mengurus, multi-skill, berkepimpinan, bijak, berilmu dan macam-macam lagi yang hebat-hebat. Untuk menjadi seperti itu, saya harus bermula pada bila-bila masa dari sekarang.

Nisa' Gombak yang bertindak sebagai unit program banyak meringankan beban saya yang memang 'ringan' ini. Saya amat terhutang budi dengan e, fidah, tina, rozi, ain, shitah, kak tihah, su, k.long dan lain-lain yang tidak mampu disenaraikan dalam cerita ini. Begitu juga dengan nisa' pandan khususnya kak farah tersayang, nisa' kapar dan nisa'-nisa' kawasan lain yang turut bertungkus lumus.
Muslimat Power!

"Perhatian....," jerit saya.
"Muslimat Power!," sambut adik-adik peserta.
Akhirnya, ungkapan 'Muslimat Power' menjadi trademark JNS '09. Setiap ucapan 'perhatian' dari AJK akan disambut dengan sahutan 'Muslimat Power' dari peserta program.

"Perhatian...," kata Ustaz Zamri Mari Mengaji pula semasa slot beliau malam pertama JNS.
"Allah!," sahut adik-adik peserta sambil menaikkan jari telunjuk bersimbol satu. Satu itu tandanya Allah itu Esa, bukan simbol 'one malaysia'.
Apabila menyebut kalimah keramat 'Muslimat Power' tersebut, saya teringat satu slogan yang telah membentuk corak perjuangan SIGMA sesi lalu. Ketika itu, adik Rafidah yang juga teman rapat saya semasa JNS menjadi Timbalan Presiden GAMIS merangkap Penasihat SIGMA. Saya percaya, pasti Fidah teruja apabila kalimah 'Muslimat Power' yang menjadi slogan SIGMA turut digemakan dalam JNS kali ini.
Fidah adalah antara sahabat yang paling selalu bersama saya sepanjang melaksanakan gerak kerja. Tiga kali berturut-turut beliau menemani saya bermesyuarat di Shah Alam. Kami keluar jam 8.00 malam dan pulang jam 2.00 pagi.
Pernah sekali beliau baru pulang dari satu program di Sg. Congkak selepas Maghrib, meredah hujan dengan menaiki motor, kemudian terus bersiap ke Shah Alam untuk meeting JNS pula.
Tentu Fidah masih teringat kenangan kita perkena Roti Canai, Maggi Sup dan Radix secawan di Restoran Taqwa selepas meeting terakhir. Waktu itu jam menunjukkan pukul 1.00 pagi. Disebabkan perut lapar, kami redah sahaja restoran mamak itu meskipun sudah larut malam.

Saya amat kagum dengan semangat, bakat dan kebolehan Fidah ketika berinteraksi di hadapan adik-adik peserta. Beliau tidak kekok, bijak membangkitkan semangat adik-adik, pandai berjenaka dan komited dengan tugasnya. Itu adalah kekuatan dirinya yang tidak datang bergolek. Sebaliknya, ia melalui proses belajar, belajar dan belajar, seterusnya berani, berani, dan berani mencuba (trademark Fidah ialah sering mengulangi perkataan yang sama tiga kali).
Adik memang muslimah power!
Adik memang muslimah power!

Saya juga tidak lupa untuk bercerita tentang sahabat saya, E. E seorang bakal ibu yang amat kuat semangat dan tinggi sifat tawakkalnya kepada Allah. Beliau sedang pragnant 6 bulan tetapi tetap bersama kami sehingga tamat program. Sekali sekala, E mengadu kepada saya, perut dan pinggangnya sakit. Manakan tidak, tidur di atas lantai batu tanpa bertilam dan berbantal di sebuah dewan terbuka. Cuaca sejuk di malam hari mencengkam hingga ke tulang kami.
E memang ibu power! Didoakan agar anak yang lahir nanti sihat, kuat tubuh badan, kental jiwa dan soleh sebagaimana ruh islam yang sentiasa ditiupkan sepanjang pengisian program ini. Suami saya kata, "sayang kena kuat macam E juga."

Masihkah Kau Ingat
Sebelum saya menutup entri ini, saya ingin membangkitkan kerinduan sahabat-sahabat kepada kenangan Jambori Nisa' Selangor. Semoga buah-buah rindu yang ranum ini bisa menyemarakkan hati kita untuk tidak sabar bertemu. Ukhuwwah itu manis apabila kita bertemu dan berpisah kerana Allah.
Terimalah serangkap lagu dari saya yang diadaptasi dari lagu kumpulan Kopratasa 'Masihkah Kau Ingat'. :)
Terimalah serangkap lagu dari saya yang diadaptasi dari lagu kumpulan Kopratasa 'Masihkah Kau Ingat'. :)
Masihkah kau ingat
Pada Jambori itu
Sehelai kain purple
Kau selit ke tudungmu
Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi
Dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
Kita berlari-lari
Di kaki bukit
Mencari 'pelangi'
Lalu hujan turun
Khemah basah bersama
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
Pada Jambori itu
Sehelai kain purple
Kau selit ke tudungmu
Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi
Dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
Kita berlari-lari
Di kaki bukit
Mencari 'pelangi'
Lalu hujan turun
Khemah basah bersama
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
Salaam...
Akak...
Ya... i am a super muslim!!!
Insya Allah ingat...
huhu
hehe..masyie n team fasi pun memang power.
akk suka persembahan korang masa mlm kebudayaan. Barulah tak malu 'company'...hehe
akak...MUSLIMAT POWER!!
saya salah seorang dari peserta program..
nasihat2 yg diberi byk menyentuh jiwa saya..
byk kali juga la saya menangis..huhu..
rindula..
rasa macam nak putar kembali je masa JNS'09..
kak farah mmg sporting..kelakar..haha
salam..kak dayah..mcm mana nak contact dengan kak fida??die kenal saya..tp syg..tak sempat nak tukar no phone..tgk kak fida buat diri saya rasa bersemangat..style die tak de pada org lain..kagum dgn dia..dah lama dah saya follow blog akk..bile jupe akk di JNS'09..ternyata akk mmg comel..huhu
Askum
Masih ana ingat tiga/dua tahun lepas menjadi sebahagian dari Fasi untuk Jambori remaja KL. Masa tu Nisa' masih hijau. Pengalaman fasi-fasi pun masih sedikit di kalangan produktiviti antara fasi ketika itu. Tetapi aktiviti panjat, turun naik bukit, redah hutan memang tetap hangat di ingatan.
Terlupa pula nak komentar untuk Jambori kali ini. Semoga usaha-usaha tenaga penggerak untuk membentuk adik-adik Muslimah kita menjadi pemangkin Ummah akan dibalasi setimpalnya oleh ALLAH.
Teruskan kak, tetapi jaga diri juga ya. Lama tu dari pukul 8 sampai 2. Dapat dibayangkan. Macam tulah juga masa ana kat Selangor dulu. Tetapi ana bersama Muslimat. Terus berjuang.
Allahyarhamak!
Salam..
sesiapa yg nak tgk video klip JNS'09..
boleh buka di you tube..
klip waktu kite semua nyanyi lagu..
"ADAKAH KAU LUPA"...
macam mana saya nak join nisa; nie ?
Mr. Fox - Casino Directory - DrmCCD
Browse 울산광역 출장안마 and add links from Mr. Fox's full Casino 제천 출장샵 Directory. MGM Resorts International owns three properties in 목포 출장안마 the country, including the 오산 출장안마 MGM Mirage and 전라남도 출장마사지 The
jk523 louis vuitton outlet xb428
Post a Comment