Sunday, January 10, 2010

Kerjaya Baru


Assalamualaikum w.b.t buat sahabat seperjuangan, teman blogger dan pembaca yang berbudi dan beriman (budiman). Saya mendoakan anda semua sihat, tenang, ceria dan tidak marah-marah. Sentiasa senyum dan positif. Sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pemilik sebenar masa dan ruang di dunia penulisan blog ini. Sudah hampir 10 hari saya tidak meng'update' blog. Ada sahabat yang merasa 'tidak kena' bila YM saya tidak mempamerkan status online seperti biasa. Komen facebook tidak terjawab, email tidak dibaca. Seakan terputus dari dunia yang satu lagi.


Sebenarnya, saya baru memulakan tugas baru sebagai guru di sebuah sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor. Bagi yang bergelar guru, sudah tentu sedia faham bebanan tugas di awal sesi penggal persekolahan. Banyak tugas yang perlu diselesaikan dan tidak tahu bila ia akan selesai. Mengisi rekod mengajar, mengurus pinjaman buku teks pelajar, mengutip yuran sekolah, menghias dan membersih kelas dan macam-macam lagi. Selain mengajar Sejarah dan Sivik, saya ditugaskan sebagai guru tingkatan yang menjaga kelas.


Guru, bukan pengalaman baru bagi saya. Saya pernah mengajar sekolah tadika, sekolah rendah agama, sekolah agama rakyat dan pusat tuesyen. Kali ini, pengalaman mengajar di sekolah menengah. Majoriti pelajar di sekolah ini ialah India estet dan Cina. Paling ramai pelajar Melayu dalam sebuah kelas tidak sampai 2-5 orang. Uh..memang mencabar! Tekanan darah dan denyutan jantung sentiasa tidak stabil sepanjang di sekolah.


Ada satu pengajaran berharga dari tugas ini. Betapa 'perit' dan sakit hatinya jika pelajar tidak memberi perhatian dan tidak berasa kehadiran saya di hadapan kelas. Kita bercakap dia menjawab, kita bertindak dia biadap. Ketika itu baru saya tahu perasaan guru saya dahulu, juga perasaan orang lain jika kita bukan pendengar yang baik.


Ada satu kekangan lain. Saya tidak dapat berada di hadapan komputer sepanjang tugas. Dahulu bekerja di ofis, internet sepanjang masa. Kali ini, jadual kehidupan sudah bertukar 360 darjah. Petang mengajar, malam ke meeting dan usrah dan hanya tinggal waktu pagi untuk menulis. Saya memerlukan masa untuk membiasakan diri.


Saya mohon maaf kepada anda yang sentiasa berkunjung ke blog ini untuk membaca entri terbaru. Ada beberapa urusan untuk diselesaikan dalam tempoh seminggu dua ini. Saya juga sedang usaha untuk mendaftarkan internet di rumah. InsyaAllah, selepas semuanya dimudahkan, saya akan kembali meng'update' blog seperti biasa. Pasti entri saya nanti sarat pula dengan cerita dan pengalaman sebagai guru.

Syukur kepada Allah...dan,
terima kasih kepada kalian

3 Comentários:

Unknown said...

Assalamualaikum hidayah. Dah bertukar kerjaya rupanya. Kakchik ingatkan masih di Muslimah. Apapun tahniah kerana menjadi seorang guru. Semoga kerjaya itu dapat membantu diri hidayah dalam banyak perkara terutama bab-bab mendidik, mendidik diri dan mendidik orang lain. InsyaAllah sudah berjaya beradaptasi dengan kerjaya baru ni, kakchik yakin hidayah akan temui kelapangan untuk menulis sperti dulu.

Anonymous said...

Salam kak dayah..wani br perasan,patutlah kak dayah kurang update blog br2 ni..

wani fhm,wani pun alami perkara yang sama,hingga pernah menangis sbb rs sedih sgt..skrg ni dh dpt adaptasi dgn keadaan kt sklh,cume masih mencari rentak sebenar bg menarik pelajar2 utk bljr,utk sedar hidup ini bukanlah mainan,utk sedar bahawa kerugian yang berpanjangan bakal mereka alami sekiranya terus-terusan bermalas-malasan..wallahualam..

Moga kak dayah menjadi muallim dan muaddib yang berjaya,insyaAllah..amin..

ustazah-engineer said...

insyaAllah..semakin hari semakin banyak cabarannya seorang guru..semakin hari semakin tinggi semangat yang diperlukan...seiring dengan zaman yang makin getir & kian menemui penghujungnya...

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO