Thursday, September 25, 2008

RE-CONSTRUCTION BLOG


NAMA PROJEK:

Projek Menaiktaraf dan Pembinaan Semula Blog 'RE-ENGINEERING MANUSIA' untuk tetuan Ustazah-Engineer.

Pemilik Kekal Projek:
ALLAH S.W.T

Pemilik Sementara Projek:
www.youmusthink.blogspot.com

Konsultant terlibat:
Ustazah-Engineer Enterprise

Kontraktor terlibat:
Ustazah-Engineer Holding

Subkontraktor:
Widget-widget, posting, shout mix, link-link bermanfaat dan sebagainya yang diluluskan seperti perjanjian kontrak.

Arkitek terlibat:
www.all-templates-blog.blogspot.com

Arkitek Landskap:
Semua pengunjung-pengunjung blog yang meninggalkan komentar2
meningkatkan nilai-nilai estetika blog ini

Juru Ukur Bahan:
Hard Disk Komputer Ustazah-Engineer

Tempoh Projek:
7 hari (tertakluk kepada pindaan)

Harap Maaf di atas kesulitan.



Monday, September 22, 2008

RE-ENGINEERING TARBIYYAH (2): REVOLUSI IQ-EQ-SQ

Membangun Kecerdasan Emosi Dan Spiritual (ESQ) Dalam Tarbiyyah


“Tidak boleh dinafikan lagi bahawa pendidikan yang menekankan aspek kepentingan kecerdasan emosi dan spiritual (ESQ) bagi setiap manusia adalah sebagai sebahagian dari keperluan tarbiyyah dan bekalan untuk memenangkan Islam demi menegakkannya di seluruh pelosok bumi dengan meyakini bahawa kecerdasan spiritual merupakan pusat dan landasan bagi kesemua kecerdasan yang ada iaitu Intellectual Quotient (kecerdasan Intelektual) dan Emotional Quotient (Kecerdasan Emosional).”


MEMBANGUN KECERDASAN EMOSI DAN SPIRITUAL (ESQ) DALAM TARBIYYAH merupakan tajuk satu kertas kerja yang saya perolehi dalam program tamrin awal Ramadhan baru-baru ini. Saya teliti tajam satu persatu subtopik kertas kerja tersebut, helaian demi helaian diselak, sambil ustazah penceramah meneruskan pembentangannya.


‘Kedudukan IQ, EQ dan SQ dalam otak manusia’, Hubungan antara IQ, EQ dan SQ’, ‘Dimensi Spritual’, ‘Zero Mind Proses’, ‘Bangunkan Mental dan Emosi dengan Rukun Iman’, ‘Bangunkan Kekuatan Peribadi dan Sosial dengan Rukun Islam’- antara subtopik yang mula menerobos ligat ke fikiran saya. Saya berjaya memperoleh sesuatu yang baru hari itu.


Lalu, penceramah menambah lagi…


“Sehubungan dengan itu, ESQ perlu diterapkan dalam sistem pentarbiyyahan secara berterusan tanpa henti, lebih-lebih lagi dalam rangka untuk melahirkan manusia yang spiritual yang disebut oleh Al-Syahid Syed Qutb sebagai Jil al-Farid (Generasi unggul).” Keberkesanan sesebuah tarbiyyah berkait rapat dengan kejayaan membentuk keperibadian insan di atas perkara berikut: (1) Membangunkan kecerdasan minda –IQ (2) Meningkatkan kesedaran Perasaan/Emosi – EQ (3) Menghasilkan dan mengekalkan tindakan spiritual – SQ.


Siri Pembentangan Kertas kerja ini disusuli dengan satu modul pembangunan ESQ yang dinamakan “KEMBARA DIRI” . Ternyata modul ini berjaya mengendalikan dorongan hati saya untuk menangis yang sememangnya sangat susah untuk menangis jika ada slot-slot muhasabah. Berakhirnya modul, saya berasa seperti ada satu momentum kuat pada kecerdasan spiritual (SQ) saya. Satu kecerdasan yang telah ditemui oleh Wolf Singer, Micheal Persinger dan V.S Ramachandran dengan penemuan fungsi God Spot (Titik Tuhan) pada otak manusia dan fungsi God Spot inilah yang mendorong dan menuntun saya untuk terus mencari ‘makna hidup’. SQ menjawab pertanyaan paling mendasar: “Siapa Saya?, “Untuk apa saya dilahirkan?” dan “Mahu ke mana saya?”.


Eksplorasi di Kinokuniya


Mentaliti saya cukup positif untuk menyingkap rahsia kecerdasan ini dan sokongannya yang kuat dalam konteks tarbiyyah. Satu singkapan melalui penemuan-penemuan teori neurosains mutakhir dan kaitannya dengan Al-Quran lalu apakah sumbangan teori neurosains ini untuk pembangunan tarbiyyah?.


Saya cuba memotivasikan diri dengan mempraktikkan antara 7 prinsip kreatif Leonardo Da Vinci: Curiosita – rasa ingin tahu yang mendalam. Malah Bobbi DePorter yang terkenal dengan Kaedah Quantumnya (Quantum Learning) turut memberi kaedah dalam berfikir secara kreatif iaitu: Pertama, jangan mudah berasa puas, jangan menerima sesuatu itu seadanya. Kedua, Jangan terikat pada satu cara sahaja dan jangan berfikir secara kaku. Ketiga, Tingkat ataupun tambahkan perasaan ingin tahu.


Maka, atas perasaan ingin tahu yang mendalam dan tidak merasa puas dengan ilmu yang ada, saya ke kedai buku kinokuniya, KLCC seminggu selepas program tamrin. Saya memang sangat suka membaca sehingga acapkali dimarahi emak kerana ‘menghabiskan duit’ hampir ratusan ringgit sebulan untuk membeli buku-buku. Citra positif saya adalah pada buku-buku kepimpinan, pengurusan, falsafah, neurosains, teori pemikiran, psikologi, motivasi, dan buku yang mengaitkan Al-Quran sebagai referensi. Kebanyakannya buku-buku yang memerlukan potensi otak kanan untuk bekerja. Dan kehadiran saya ke kinokuniya tengah hari ini mula menghambat diri saya untuk meminati buku ekonomi dan sains politik pula.


Bukan saya tidak berminat membeli buku agama, cuma rak buku di rumah sudah penuh dengan buku-buku agama yang dibeli ayah. Ayah telah menampung kelompongan minat saya membeli buku-buku agama. Memang betul kata mak, saya ni anak ayah!. Mungkin terikut dengan perangai ayah yang suka membaca dan menyimpan koleksi buku-buku. Saya memang berazam ingin memiliki perpustakaan mini milik sendiri dan keluarga. Nak pusakakan harta, tidak berharta. Sekurang-kurangnya dapat juga saya pusakakan buku dan ilmu pada bakal anak-anak saya nanti. Huhu..belum kahwin lagi sudah fikir ke situ. Tak apa..itu namanya berfikiran optimistik.


Kembali. Dengan pemerhatian yang ‘menggila’ di kinokuniya, saya terjumpa dengan buku ini. REVOLUSI IQ EQ SQ – menyingkap rahsia kecerdasan berdasarkan Quran dan teori neurosains mutakhir. Wah, seperti ada kaitan dengan pembentangan kertas kerja tamrin tempoh hari.



Penulis: Taufik Pasiak

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd., 2008

M/S: 434 muka surat

Harga: RM 35.50


Sinopsis: Revolusi IQ – EQ – SQ menyeroti tirai misteri struktur dan fungsi minda yang kompleks. Menjelaskan aspek berkaitan minda dari dua perspektif iaitu agama dan sains. Membahaskan teori IQ-EQ-SQ melalui landasan Quran tanpa menafikan penemuan-penemuan dalam disiplin ilmu neurosains.


Saya berminat. Buku ni memang seperti antara lirik yang dinyanyikan oleh kumpulan Ruffedge ‘Kau cantik menarik tertarik, kau memang deboom…’ lebih kurang begitulah liriknya. Lantas, saya mengambil buku tersebut dan membawanya ke kaunter bayaran. Nampaknya buku ekonomi dan sains politik terpaksa ditunda untuk bulan hadapan.


Apa yang menarik tentang buku ini? Saya rungkaikan satu persatu.

1) Apakah faktor yang membezakan kecerdasan Albert Einstein, Mike Tyson dan Michael Ballack dengan Adnan Okhtar (Harun Yahya), Dr Zakir Abdul Karim Naik dan Ahmadinejad?

2) Penjelasan lengkap dan terperinci mengenai proses minda manusia bekerja dan bagaimana emosi dan spiritualiti menempatkan diri dalam struktur minda.

3) Apakah yang dikatakan mukjizat bahasa Al-Quran dan bagaimana ia berperanan dalam menjelaskan kecerdasan minda manusia?

4) Jawapan kepada persoalan mengapa Fikir, Zikir, Ilmu dan Nadzar dikatakan sebagai medan semantik minda manusia.


Mungkin tidak cukup dengan satu buku atau sekadar berbuku. Namun, moga buku ini dapat meningkatkan kapasiti otak saya dengan ilmu dan seterusnya menyumbang sesuatu kepada Islam dan khususnya pada dunia tarbiyyah sekarang. Saya cuba untuk menilitinya secara konstektual.


Jom jadi manusia yang spiritual!


Friday, September 19, 2008

BACALAH DENGAN NAMA TUHAN-MU


BACALAH KAMU SEBELUM KAMU DIBACAKAN! Belajarlah bagi mereka yang belajar, bekerjalah bagi mereka yang bekerja. Dan hari ni apa agendanya? Kalau tiada apa-apa agenda, apa kata kita baca buku. Jangan terhenti setakat satu buku sahaja, membaca perlu berterusan.


‘The beauty of reading will only be known by those who love books’.

Ramai orang tidak pandai menulis. Tak semua orang mampu menghasilkan buku. Tak pandai menulis, jadi pembacanya pun jadilah. Kaedah menimba ilmu zaman sekarang, tak ada lain kecuali membaca dan belajar. Itu sahaja caranya, membaca dan belajar.


Sikit ilmu kalo, jauh belakang dulok ada’ (loghat India).


Membaca jambatan ilmu. Kita realitikan bahawa bangsa kita bukan bangsa malas membaca. Kita buktikan , kita orang Islam bukan pemalas. Dahlah kerja malas, membaca pun malas. Apa nak jadi ni?


‘Baca buku penyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat. Kenapa susah sangat nak baca buku?. Bukankah buku penuh khasiat’


Bagi mereka yang bergelar pemimpin, garapkan ilmu kepimpinan dengan membaca. Pembacaan membangunkan pemikiran pemimpin yang mampu melihat dan menilai senario semasa akan dunia kepimpinan. Bagaimana hendak membina pemikiran jika otak tidak dituntun untuk berfikir dan bagaimana hendak berfikir jika tidak membaca. Lagenda pemimpin yang popular akhirnya lahir sebagai penulis buku dan sudah tentu penulis asalnya ialah seorang pembaca.


‘Good Leaders are Readers’

Tuesday, September 16, 2008

RE-ENGINEERING TARBIYYAH (1): ANALOGI SEBUAH BANGUNAN


Alhamdulillah..minggu lepas, kelapangan masa saya terisi dengan sedikit sibuk memenuhi tuntutan amanah ’kerjaya berbaiah’ ini. Syukur, banyak program tarbiyyah yang diatur tidak putus-putus sepanjang ramadhan kali ini walaupun ada di antaranya tiada kesempatan untuk saya hadiri. Sementalahan Ramadhan bukan bulan lembik, maka tiada alasan untuk kita sebagai pendakwah beristirehat sementara daripada dunia kerjaya sebagai ’Jurutera Manusia’.


Teringat satu kata-kata motivasi daripada Dr Fadzillah Kamsah, ”Otak lebih kuat dari otot”. Otot memang terasa lemah ketika berpuasa, namun jika kita bijak memperalatkan otak (minda) dengan imiginasi ’aku kuat’, Insya-Allah, otot akan menurut ’aku kuat’ untuk bekerja. Belajar memperalatkan minda untuk mencapai sesuatu matlamat. Saya ulangi, otak lebih kuat dari otot!


Saya berkesempatan ke Tamrin anjuran Lajnah Tarbiyyah DMP Gombak Sabtu lepas. Saya kagum. Seperti ada suatu perubahan terhadap sistem dan kerangka tarbiyyah kali ini. Walaupun masih bertatih membuat perubahan daripada sistem tarbiyyah tradisi kepada sistem tarbiyyah kontemporari, namun ia satu permulaan yg baik untuk memperbaharui landskap tarbiyyah yang sedia ada sebelum ini. Nilai tambah yang utama: pendekatan bil hikmah, modul-modul program yang baru, kreativiti aktiviti dan alat bantu penyampaian mampu membangkitkan mood saya untuk tidak jemu menerima.


Jemu bukan bermaksud ’saya tidak suka’ cuma ’saya mahukan perubahan’. Bukan ’kita tidak suka’ cuma ’kita mahukan perubahan’. Perubahan yang mampu membawa gerakan Islam ini untuk pergi lebih jauh dan tidak syok sendiri dengan pembaharuan sistem tarbiyyahnya.


Saya membuat satu analogi tentang perubahan tarbiyyah ini. Ramai manusia lebih selesa dengan masalah-masalah lama berbanding masalah-masalah baru. Kita dapat mengibaratkan sesuatu perubahan itu umpama memasuki dunia baru tanpa peta ataupun kompas. Jadi, apakah yang perlu kita lakukan? Adakah kita hendak membawa barang-barang ataupun alat-alat dari dunia lama ke dunia baru?


Bagi menghadapi perubahan, kadang-kadang kita perlu meruntuhkan semua bangunan lama. Bukan sekadar membina bangunan-bangunan baru di sekeliling bangunan lama. Dalam tarbiyyah ini, ramai daripada kita takut meruntuhkan bangunan lama. Kita hanya berani melakukan pengubahsuaian secara kecil-kecilan terhadap bangunan sedia ada.


Dalam melakukan perubahan, kita tidak perlu meruntuhkan bangunan lama secara keseluruhan. Kita boleh mempertahankan bangunan lama dengan alasan-alasan yang kukuh. Tetapi sebaiknya kita jadikan bangunan baru itu lebih segar dan menarik!. Inilah yang saya katakan tentang RE-ENGINEERING: MEMBINA SEMULA.

Ya, kita begitu bermotivasi untuk menukar posisi kita sebagai pembangkang menjadi kerajaan ditambah lagi dengan isu 16 September yang hangat diperkatakan sekarang. Namun jangan lupa berfikir optimis lah, adakah kita sudah mempersiapkan jentera kepimpinan yang utuh untuk menunjukkan kemampunan kita sebagai pemerintah? Aset kerajaan adalah pemimpin. Bukan lagi pemimpin usrah, pemimpin kampus, pemimpin lajnah, pemimpin cawangan, pemimpin kawasan, tetapi bersedia sebagai pemimpin negara!. Sistem tarbiyyah kita sudah sampai ke tahap ini? Mengisi kemenangan adalah lebih sukar daripada memperoleh kemenangan. Masa nak dapatkan kemenangan memerintah dulu memang payah, tapi apabila dah menang macam-macam kepayahan lagi kita hadapi. Tengok saja pergolakan politik yang terjadi sekarang!


Di manakah tahap tarbiyyah kita? Sekadar melahirkan nuqoba’ usrah yang baik atau pemimpin yang berkarismatik?


Ayuh! Kita tingkatkan pecutan.

Friday, September 12, 2008

PETUNJUK DARI JARI TELUNJUK

Artikel ini merupakan perkongsian dari sahabat saya melalui email.


Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..


Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah ? Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah ? bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.

Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.

Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah ? Ashhadu allaa ilaa ha illallah ( Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..

Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini? Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku? Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..

Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah? Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah?..

Friday, September 5, 2008

SUKANYE..SUKANYE..

Assalamualaikum. Salam ceria hari ini. Tiba-tiba saya terdengar ada orang rasa seronok hari ini, rasa ceria, rasa cemerlang dan luar biasa bagus, rasa tenang bahagia...siapa tu? Sayalah semua itu, andalah semua itu. Kita semua memang 'best'! Sebab kita Muslim, berhak untuk rasa semua itu.

Sudah dua hari bekerja namun tiada kerja, maka cari kerja. Melayari blog sahabat-sahabat, kenalan-kenalan blogger yang baru sehingga terjumpa dengan gambar ini di Frenster Sahabat Musleem. Suka sangat, tak tau kenapa. Adakah kerana sudah berjangkit dengan adik nahwanNur yang suka kaler hijau, daun dan semulajadi. Oh, saya tak perlu fikir panjang, yang penting..Sukanye...sukenye...




Thursday, September 4, 2008

JANGAN DOA SAJA!


Alhamdulillah, dengan izin-NYA kembali juga saya sebagai mujahidah cyber lalu mengatur rentak tari jari jemari ini di atas papan keyboard. Yup, menukilkan sesuatu buat manfaat kita bersama. Saya baru kebah daripada demam hampir 2 minggu, badan masih lemah, minda seperti perlu ditekan-tekan untuk berfikir, makan pun tak lalu tapi tak kisahla..yang penting tidur tetap lena.

Agak menongkah dagu begitu lama saya di hadapan PC, "Ape ye yang boleh dikongsi hari ini, buntu!, Ah..hentam sajalah."

Apa yang kita usaha, kita akan dapat. Ya, percayalah. TUHAN beri kita kudrat untuk pilih antara baik dengan buruk. Kita nak buat buruk, kita boleh. Tapi semua perbuatan buruk kita akan diberikan balasan dosa atau neraka dan perbuatan baik kita diberikan balasan pahala atau syurga. Memang kita boleh pilih sendiri.

Takkan kita nak kata, "Dah memang TUHAN tentukan aku jahat, maka jahatlah aku. Sudah memang TUHAN tentukan aku masuk neraka, nerakalah aku. Kan nak buat baik atau buat jahat tu kita yang pilih? Macam tu jugak nak berjaya atau nak gagal, kan kita yang pilih, kita yang tentukan apa yang kita nak buat, apa yang kita nak jadi? Kalau kita pemalas, degil, individualistik, tak nak berusaha kemudian gagal, kan tu salah kita sendiri? Takkan kita nak kata salah TUHAN pulak!" Eh, Mana boleh!

Maka itulah, saya yakin bahawa semua yang kita lakukan dengan betul strateginya, bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakkal, kita akan dapat kejayaan. Sebaliknya kalau kita lakukan sesuatu sambil lewa, nak tak nak memang kita akan gagal. Kalau berjaya pun berjaya yang tak semena. Jadi, janganlah TIDAK-TIDAK!

Kenapa saya kata begitu? Sebabnya setiap awal tahun ramai yang mula membuat azam baru. Bulan Ramadan pun begitu juga. Masing-masing nak buat perubahan sepertimana kelebihan Ramadan itu sendiri, mendidik diri agar lebih bertakwa dan dekat dengan ALLAH. Maka macam-macam yang kita azamkan sempena Ramadan ini. Nak buat itu, nak buat ini. Tapi bila berakhirnya universiti Ramadan, tak tahu apa yang dicapai. Sekadar syok sendiri orang kata.

Kenapa? sebab tak bersungguh-sungguh. Kalau bersungguh-sungguh, betul perbuatannya, pasti berjaya dengan izin Allah. Sebab itu saya katakan, kita masuk ke dalam bulan Ramadan ini seperti kita masuk ke sebuah universiti. Kita berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya bergelar graduan dengan segulung ijazah takwa yang tinggi nilai kualitinya. Ijazah takwa inilah yang bakal menentukan kejayaan kita dalam 'kerjaya' sebagai hamba-NYA.

Tengok orang kafir, kenapa mereka boleh berjaya sangat? Sebab mereka berusaha luar biasa, jauh lebih kuat daripada kita. Kita letakkan insya-ALLAH dulu sebelum berusaha. Sepatutnya insya-ALLAH di belakang. Ni belum apa-apa, "Insya-ALLAH, aku bakal berjaya." Sepatutnya, "Aku pasti berjaya, insya-ALLAH!" baru betul.

Contoh lain, "Ustazah-engineer boleh datang usrah esok?"

"Err..insya-ALLAH lah."

Bakal tak datanglah besok. Sebab insya-ALLAH dulu. Memang tak nak datang. Lebih-lebih dengan 'err..err..dan perkataan 'lah' di belakang. Orang yang betul-betul dia sebut. "Ya, aku pasti datang, insya-ALLAH." Jawapan dia padu, keras, tegas, yakin dan memang dia nak datang dan dia akan usahakan agar betul-betul datang. Kan berbeza tu.

Kita perlu ada imiginasi cemerlang supaya semua yang kita inginkan menjadi nyata. Semua yang kita capai, akan kita betul-betul gapai. Usaha dulu kemudian berdoa dan akhir sekali bertawakkal. Jangan bertawakkal dulu, usahanya kemudian atau usahanya tak seberapa, doanya yang lebih. Mana ada jalan? Sekuat mana kita doa, sekuat itulah kita usaha. Pasti berjaya, insya-Allah.

"Tak ada kerja yang tak mempunyai masalah, tapi masalah yang paling besar ialah apabila tak ada kerja."

Maka, saya ingin mengajak diri saya dan anda bekerja. Jom cari kerja! Paling penting bekerja sebagai jurutera manusia dan arkitek masyarakat, membangun dan membina ummah ini dengan rekabentuk senibina dan landskap ISLAM yang cukup indah.

Salam Ramadan dari saya. Maaf di atas keterlanjuran kata.

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO