Beli Buku Lagi..
Jumaat minggu lepas, saya membeli 2 lagi buku koleksi Risale-i-Nur, karya Bediuzzaman Said Nursi. Epitomes of Light dalam terjemahan Bahasa Indonesia dan The Rays dalam Bahasa Inggeris.
The Reasonings & Epitomes of Light. The Rays tiada dalam gambar.
The Rays, saya hadiahkan kepada adik saya, Nahwan Nur. Tetapi adik saya tidak mahu terima sebagai hadiah. Katanya, “nak pinjam je”. Tidak kisahlah, sebagai hadiah atau pinjam. Asalkan dapat membaca dan memenuhkan ilmu di dada.
Sebelum ini, saya ada memiliki 1 koleksi Risale-i-Nur iaitu The Reasoning yang dibeli semasa Pesta Buku Antarabangsa yang lalu. Kesempatan menghadari seminar ‘The Role of Justice in Solving The Problems of the Muslim Ummah According to Bediuzzaman Said Nursi' di UIA jumaat minggu lepas, saya membeli dua lagi koleksi tersebut.
Oh, saya tak nampak hidung semua.
Oh, saya pun tak nampak tangan anda…
Alamatnya, tiada siapa pun dapat pinjam buku saya…
Jemputlah datang ke Maktabah Nur Irsyad, di rumah saya Kg. Laksamana, Gombak. Saya akan menambah lagi koleksi buku saya..
Ok ya, sampai sini sahaja. Mahu sambung kerja..selepas ini akan muncul entri baitul muslim. Tunggu...siapa yang berminat membacanya.
3 Comentários:
Salam..Alangkah indahnya kalau kita dapat menela'ah karya asal buku2 tersebut...Selain dapat pengisian berguna, dapat juga menambahkan vocab bahasa arab serta menambahkan pengetahuan nahu.Wassalam.
-Ana Muslimah-
Oh, setahu saya, said nursi berasal dari turki dan karya asal Risale-i-nur itu turut di tulis dlm bahasa Turki.
Beliau adalah pemikir & sufi besar abad 20 yg bangkit di celah2 ateisme-sekularisme yang membelenggu umat Islam ketika itu terutamanya di turki.
Setakat ini, karya yg telah diterjemahkan adalh dlm Bahasa Inggeris oleh orang turki sendiri. Dan ada beberapa yg diterjemahkan dlm bahasa Melayu Indonesia.
Ye beto...maksud saya tidak tertumpu kepada buku ini sahaja..Ramai di kalangan kita menggunakan sumber sekunder untuk menelaah,dengan mengabaikan sumbar primer.
Post a Comment