Wednesday, November 4, 2009

Untuk Ahli PAS Sahaja

Sebab utama mengapa perkara itu semakin besar dan bertambah besar, perkara itu asalnya biasa saja menjadi luar biasa, perkara itu adalah kenyataan tetapi menjadi isu, banyak berpunca dari ahli PAS sendiri.

Pantang ada mic, bercakap.
Pantang ada blog, menulis.
Pantang ada wartawan, report!

Daripada pihak luaran tidak tahu apa-apa, terus tahu apa-apa dan buat apa saja...

Usah menjadi lidah yang tidak rasmi...akhirnya memakan parti. Kita ada saluran yang penuh integrati. Gunakan ia, untuk tingkatkan potensi.

Mari bersama ambil iktibar daripada peristiwa Saidina Ali ketika ditegur kepimpinannya oleh seseorang. Kata Saidina Ali;

" Ketika Rasulullah masih hidup, zaman itu Islam mempunyai pemimpin hebat iaitu baginda dan juga pengikut yang kuat iaitu aku dan para sahabat. Namun zaman kini, Islam mempunyai pemimpin yang lemah iaitu aku dan pengikut yang tidak kuat seperti kamu.."
Kekuatan gerakan bergantung kepada pemimpin dan pengikutnya. Usah pertikai akan kekuatan pimpinan, muhasabah juga akan kelemahan kita yang suka mem'berita' tetapi tak tahu cerita.

Kurangkan spekulasi, tingkatkan prestasi. Islam didahulukan, perjuangan diutamakan.

Udoh le tu...jom buat kerja.


4 Comentários:

cahayaberliku said...

Pertama, mereka memang hendak tahu dan hendak memberitahu, paling ideal adalah jika jawatankuasa penerangan memberi penerangan sejelas2nya secepat mungkin, tapi dengan mengambil sikap tunggu dan lihat, keadaaan menjadi lebih parah

Rausyanfikir said...

Salam kak,

Kita perlu terima inilah hakikat media terbuka dalam demokrasi. Kalau PAS memerintah apakah PAS akan "gam" media daripada mengkritik?

Saya rasa, disebalik rasa curiga, marah kerana tidak menggunakan saluran yang betul adalah lebih baik kita meneliti teguran tersebut satu persatu dan asingkan daripada emosi peribadi.

Kalau tidak, sampai bila-bila PAS hanyalah jaguh kampung dan kami anak muda tidak larat lagi melihat PAS menjadi 'balaci' parti politik yang lain.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

saya rasa artikel ni jelas sebab tajuknya pun untuk ahli pas sahaja..

teguran rausyanfikir pun betul jugak kalau rausyanfikir bukan ahli pas..ustazah eng. pun telah menulis satu konsep biasa dalam mana2 organisasi & ia juga salah satu tanggungjawab seseorang ahli...

walau apa pun pas semakin menjadi perhatian semua orang skg..baik pengkritik, peminat & lawan..pas terus akan utuh & teguh InsyaAllah..

Nurhidayah Jaafar said...

Saya sukakan komentar semua di atas...
Dan saya suka juga untuk menilai dengan seimbang. Saya mencari keseimbangan pada komentar.

Hasilnya, berbeza pandangan dalam PAS itu tidak salah.Kritikan itu terhasil dari sifat berbeza pandangan. Yang salah ialah melebarkan lagi jurang pandangan dengan sikap yang tidak spiritual. Itu yang terjadi.

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO