HIKMAH BERFIKRAH HAMBA
Saya amat terkesan dengan dua mesej tersebut yang disampaikan oleh Ustaz Dzulkhairi melalui cerpen Fathiyah III dalam blog beliau. Benar-benar menyuntik hati saya dengan ubat muhasabah dari kesakitan mazmumah yang kembali mengambil tempatnya di sebalik keusangan hati.
Hati seorang isteri. Hati seorang hamba. Hati seorang mujahidah.
“Jika kamu mencari pasangan yang berfikrah seperti kamu sahaja, maka pandangan kamu amat sempit. Tetapi jika kamu mencari ‘hamba’ untuk meneman hidup kamu, maka pandangan kamu adalah merangkumi dunia dan akhirat.”
“Apakah kita sekadar mencari pasangan hidup yang hanya membolehkan kita pergi usrah? Atau membenarkan kita pergi ke program latihan? Itu pandangan yang masih sempit. Sepatutnya kita semua berusaha mencari pasangan yang akan menanam jiwa kehambaan dalam diri dan mendekatkan kita kepada Allah.”
Saranan beliau amat jelas. Mencari 'hamba' sebagai peneman hidup. Malah, bukan sekadar mencari pasangan, tetapi menjadi pasangan. Bukan sekadar mencari Ali tetapi menjadi Fatimah. Tidak semudah mencari Rasulullah tetapi berusaha menjadi Khadijah.
Justeru, dalam usaha mencari itu, harus seiring dengan usaha menjadi. Menjadi pasangan yang bagaimana? Sekadar berfikrah jemaah atau lengkap dengan berfikrah hamba? Pasangan yang membawa jejak tapak kaki kita atas landasan perjuangan semata atau landasan menuju Syurga Allah?
Semasa melalui proses baitul muslim dahulu, saya tidak terkecuali menyenarai ciri-ciri pilihan suami saya. Saya akui, kalian yang di kalangan ahli haraki atau gerakan Islam juga mempunyai ciri-ciri pilihan yang serupa. Apabila ditanya kepada kalian, sudah tentu semua akan menjawab “pasangan saya mestilah seorang yang mempunyai fikrah jemaah seperti saya.”
Alasan pilihan sebegitu teramat kukuh dan sangat dominan setelah melalui proses tarbiyyah jemaah terutama di kampus. Perkara yang sama diulang-ulang dalam penjelasan slot baitul muslim oleh ajk unit berkaitan.
Dengan fikrah perjuangan yang tulen, kita disuburkan dengan baja thiqah dan tajarrud. Bahawa jiwa, harta, masa dan tenaga adalah untuk keberlangsungan perjuangan Islam. Hatta, dalam urusan pemilihan jodoh kita tidak terkecuali dalam pakej thiqah dan tajarrud itu.
Mencari pasangan yang berfikrah jemaah untuk keberlangsungan dakwah. Menjadi pasangan berfikrah jemaah sebagai pendorong suami dan isteri pendakwah. Itu yang kita cita-citakan bukan? Tetapi cukupkah persiapan dengan fikrah jemaah sebegitu?
Terlebih dahulu, saya menjemput diri saya untuk bermuhasabah. Saya amat memahami komitmen suami saya. Kesibukan yang tidak putus-putus dan tidak akan berhenti sehingga diri sendiri yang mengalah untuk berehat. Jadual yang sentiasa padat hampir setiap malam dan hujung minggu. Wajah yang akan dilihat sekejap-sekejap dan kemudian hilang atas panggilan meeting, usrah dan program. Malah, masa bersama sahabat seperjuangannya lebih kerap berbanding saya. Saya juga begitu cuma kurang sedikit.
Dalam memahami situasi itu, kadang-kadang jiwa saya turut memberontak, meminta diri ini lebih diberikan perhatian daripada komitmennya yang membukit itu. Meskipun faham akan fikrah perjuangan, selalu juga saya kalah dengan nafsu kegembiraan, kerehatan dan kelapangan hidup sehingga meminta suami melayan nafsu yang sama.
Dalam pada itu, saya ingin bertanya pada diri saya sendiri. Adakah saya isteri yang taat dengan membenarkan suami saya taat kepada tuntutan tanggungjawab jemaahnya?
Adakah saya isteri yang bermujahadah dengan menyuburkan semangat berjuang pada suami tetapi gagal menyuburkan tarbiyah ruhiyyah dalam rumahtangga kami?
Inikah saja peranan saya sebagai isteri pendakwah, tidak lebih membenarkan suami ke usrah dan program latihan? Sedangkan diri sendiri sepi dari budaya ilmu dan mencintai ubudiyyah.
Malah, apa yang saya lakukan agar kami semakin dekat dengan Allah, semakin zuhud dengan dunia dan semakin mencintai akhirat dan kematian?
Sebenarnya, peranan saya lebih dari itu. Peranan kalian juga sama. Begitu juga dengan peranan adik-adik yang akan berkahwin nanti. Dalam mengejar kekuatan fikrah jama’ie, ada suatu persiapan diri yang sering kita kesampingkan. Persiapan sebagai hamba.
Cita-cita saya ialah menjadi insan berfikrah hamba…
Saya akan terus mencemburui bidadari Syurga…
8 Comentários:
Salam kak..
menarik posting akak kali ni..
sedikit pandangan dari sy,
dua2 fikrah ini penting utk di ambil kira dan ia sangat di perlukan either berfikrah jemaah ataupun berfikrah hamba..kerana elemen ini kedua-duanya penting dlm kita nak meneruskan hidup sbg seorang hamba juga seorang pejuang..
tinggal lagi macam mana kita nak balancekan antara keduanya(^_^)
kedua-duanya penting dan memfokuskan substance dimbimbangi akan mengganggu kearah mencapai matlamat & tujuan...jemaah adalah matlamat, hamba adalah tujuan ke arah matlamat...
Pada saya, matlamat & tujuan adalah dua perkara yg sama. Membawa definisi yg tidak jauh bezanya.
Izinkan saya memperbetulkannya...
Dalam al-quran Allah menyebut:
"Tidak aku jadikan jin & manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku"
Maka firman di atas jelas bahawa matlamat/tujuan kejadian manusia ialah untuk mengabdi diri kepada Allah. dalam kata mudahnya ialah peranan sebagai hamba.
maka, jemaah pula adalah wasilah atau jalan dalam melengkapkan makna kehambaan itu.
Justeru, kesimpulan...
Hamba itu adalah matlamat dan wasilah menujunya ada pelbagai2. Salah satunya penggabungan diri dgn jemaah untuk meninggikan Islam.
Seperti juga Islam adalah matlamat. Manakala jemaah adalah jalan menujunya...
Sama berkongsi. Maaf jika tersilap. Minta diperbetulkan kalau ada tersalah juga.
every muslimah should read this! ramai yg terlalu taksub dgn mentaliti 'mesti kahwin dengan org jemaah', tetapi ramai juga yg kecundang selepas berkahwin dengan the so-called 'org jemaah'. mudah2an semua org meletakkan pengabdian kepada Tuhan sebagai matlamat hidup
Semua org boleh faham pengadian diri kepada Tuhan sebagai matlamat hidup, tapi tak semua orang faham cara untuk mencapai matlamat tersebut. Tak heranlah kalau ada org buat analogi..org pakai tudung pun buat kena rogol, tak semestinya org tak pakai tudung je di persalahkan....
"WE NEED A REASON GREATER THAN REALITY." - Penulis Rich Dad Poor Dad
Saya faham maksud kak antara dua fikrah jemaah dan berjiwa hamba yang disebut. Malah menghayatinya. Mendapat kedua-duanya dalam diri seorang insan merupakan impian. Malah menemuinya merupakan kesempurnaan. Namun hakikatnya saya pernah menemui 2 insan yang berbeza. Yang mampu dilakukan cuma serahkan pada Qada' dan Qadar yang menentukan.
Moga segala kegagalan lalu membawa diri kepada yang patah tumbuh, hilang berganti... Hanya Tuhan yang tahu apa yang hambaNya tidak tahu.
- srikandi UM
Sebab itu dlm islam digalakkan bersederhana dalam sesuatu perkara dan ‘fastabikul khairat’ dlm membuat kebaikan. Ta’sub jg bermakna berpegang dgn sesuatu pendapat/cara dgn menafikan pendapat/cara org lain. Saya setuju kalau ta’sub ’mesti kahwin dgn org jemaah’ sekiranya seseorang itu yakin itu satu-satunya cara utk kekal dalam jalan dakwah dan menolak pendapat yg betentangan dengannya. Walaubagaimanapun soal ’mesti kahwin dgn org jemaah’ sebenarnya telah diperbahaskan dgn panjang lebar dalam konsep amal islami dalam usaha menyempurnakan maratib amal islami ke arah ’ustadziatul ’alam’ oleh ulama’2 haraki. Bahkan ia dikaitkan dgn soal hukum hakam bedasarkan nas aqli & naqli, maka tidak sepatutnya timbul soal ta’sub dgn hukum kerana ia adalah ijtihad ulama’. Kefahaman tehadap konsep & asas amal islami penting supaya kita tidak menjadi ta’sub dan semangat tanpa ilmu’.
Dalam membincangkan konsep amal islami, ulama’ telah menyebut ttg kebaikan, kelebihan dan ganjarannya samaada didunia & akhirat. Ia juga amat berkait hubungan manusia dengan manusia dan juga hubungan manusia dengan Allah. Ahli gerakan juga digalakkan untuk membicangkan perkara tersebut supaya ada peningkatan terhadap kefahaman & amalan. Dalam masa yg sama juga ulama’ haraki membincangkan soal2 ’kecundang’ dlm jln dakwah seperti di dlm kita ’afat ’ala tariq oleh ustaz fathi yakan Rahimallah. Kejayaan & kegagalan dlm jln dakwah bukanlah disebabkan oleh sistem atau pun jemaah, tetapi individu yang menganggotai jemaah itu. Individu yang menginfaqkan diri dlm jemaah telah pun menyempurnakan salah satu tuntutan dalam islam, tinggal lagi bagaimana untuk berhadapan dengan mehnah & tribulasi di sepanjang jalan dakwah.
Abna' Harakah
Dalam banyak hal, kita memilih untuk memilih,
tetapi dalam sikit hal, kitalah dipilih oleh Allah untuk berada di situ, jalan menuju Allah terlalu banyak, pilih sahaja, dan sama2 istiqamah dengannya
Post a Comment