Friday, September 4, 2009

Kapsul Ramadhan: Nisa' Menjadi Doktor


Jika orang mengadu sakit, setelah diperiksa, doktor berikan kapsul.


Jika mad’u mengadu ‘sakit’, setelah diperiksa, apa yang perlu diberikan?


Berikan juga mereka kapsul.


Sebelum ini, Nisa’ Gombak banyak memberi tumpuan kepada program pembangunan remaja dan belia, kali ini kami cuba mencari nafas baru untuk memperluas cabangan dakwah kepada khalayak yang berbeza.


Dengan itu, satu program yang diberi nama ‘Kapsul Ramadhan’ telah diadakan di Hospital Selayang malam tadi, 3 September 2009 bersamaan 13 Ramadhan 1430H. Program yang melibatkan kakitangan dan keluarga pesakit di hospital adalah anjuran bersama Persatuan Islam Hospital Selayang.


Kapsul bermaksud suatu pemberian atau sumbangan yang diberikan kepada pesakit untuk meringankan beban kesakitan yang dialami mereka. Jika dalam bidang perubatan, kapsul berperanan sebagai ubat, begitulah dalam bidang kebajikan.


Semoga kapsul dalam bentuk sumbangan material dan spiritual ini dapat bertindak sebagai ‘ubat’, mengurangkan kesusahan dan mengembalikan kegembiraan golongan yang kurang bernasib baik.



Pada perangkaan awalnya, sasaran program ini adalah para pesakit. Kami turut menyambut baik cadangan daripada salah seorang kakitangan agar mendekati golongan unmarried iaitu wanita yang tidak berkahwin tetapi mengandung di luar nikah dan menggugurkan kandungan yang menjadi penghuni hospital.


Cadangan itu sangat kreatif dan membuka ruang cabaran dakwah kepada Nisa’ sendiri. Namun apakan daya, pengarah hospital tidak membenarkan pihak kami menganjurkan program kepada pesakit buat masa ini untuk mengelakkan penularan virus H1N1.


Maka, perancangan kami berubah haluan. Sebagai alternatif, kami melakukan program ziarah dan sumbangan ke Anjung Kasih. Anjung Kasih adalah pusat penginapan yang menempatkan keluarga pesakit yang kurang kemampuan termasuk mereka yang tinggal jauh dan perlu berulang alik dari rumah dan hospital.




Selesai sesi tersebut di Anjung Kasih, program diteruskan dengan majlis berbuka puasa, solat tarawikh dan sesi tazkirah Ramadhan di surau hospital. Inilah kapsul seterusnya yang diberikan oleh para doktor Nisa’ Gombak yang diikhtiraf oleh Islam.


Ustaz Hariri selaku penceramah, pengarah hospital & kakitangan bergambar dengan Dr. Nisa' dengan uniform berwarna purple.


‘Kapsul Ramadhan.’ Nama itu begitu dominan dengan environment doktor, jururawat, hospital dan penyakit. Tahniah kepada ajk program yang memilih nama itu.


Saya berkata kepada Kak Ju semasa kami sedang sibuk melipat flyers. “Kak Ju, kali ni kita buat program Kapsul Ramadhan. Lepas ni kalau kita buat program kat sini lagi, kita letak nama program ‘Injaction Iman’”


“Ada-ada sajelah wartawan ni punya idea,” balas Kak Ju.


Saya terharu bercampur seronok. Malam tadi saya bergelar doktor. Harap-harap saya tidak pula bergelar pesakit. Semoga saya terus sihat.


Kalau saya ditakdirkan menjadi penghuni di hospital suatu hari nanti sekalipun, biarlah saya duduk di situ atas status seorang bakal ibu. Hahaha….opsss! InsyaAllah…


2 Comentários:

Shazwani Mazuki said...

Salam Ramadhan al-Mubarak..
tertarik ana dengan program ni.namanya saja sudah cukup menarik..
utk ayat last itu...amin...=)
mg dikurniakan anak yang soleh dan solehah,menjadi penawar dan penyambung dakwah yang dibawa akak bersama suami..=)

Nurhidayah Jaafar said...

Salam Ramadhan juga buat Shazwani. Bersama mengimarahkan hari2 ramadhan yg masih berbaki..

Nama pgrm; itu tarikan pertama. Penting mencari nama pgrm yg menarik spt seorang penulis mencari judul bukunya utk tarikan pembeli.

InsyaAllah, itulah yg diharapkan. Anak yg soleh & solehah. Akak doakan buat Shazwani juga nnti...

semoga berjaya mendapat keredhaan..

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO